Khamis, April 16, 2009

SIAPA AMIRA BAB 4

Dan mesej balasan yang diterima.

Rec> Kan ada nama u kat dlm email my frend.
Cuma yg I tak tau, nama penuh u je..
Sebab tu I tanya tadi..


Argh! Amira, kawannya, e-mel, foto dan nombor telefon itu semua buat kepala dia benar-benar pusing. Malas untuk terus bersoal jawap lagi menerusi pesanan, lalu dia memicit butang call pada telefon bimbitnya dan menghubungi Amira. Dia mahu memastikan suara Amira memang bukan kenalannya yang menyamar.

Tetapi Amira tidak menjawap. Dia cuba hubungi lagi. Namun tetap hampa. Dengan geram dia menghantar pesanan.

Ans> Amira kan nama u?
Boleh tak I cal u sekejap?
I tak suka diperbodohkan begini.
Jika u tak ans my phone cal..
Pls pls pls leave me alone..
My gf is not happy to received this frank sms
..

Kemudian dia cuba hubungi lagi. Tetapi Amira tetap menyepi. Hanya mesej balasan sahaja yang dia terima.

Rec> I minta maaf sebab tak dpt tunaikan permintaan u.
I tak nak org kenal I lebih dari ini.
Sebab I sendiri tak mahu kwn I tau ttg keadaan I.
Lagipun, sedang bersms mcm ni pun gf u dah tak suka..
Inikan pula u nak berbual dgn I?
Lagi lah dia marah nanti.
Dan lagi yg I nak u tau..
Tiada seorg pun yg suka diperbodohkan.
Niat I cuma ingin berkwn.
Buat apa I nak buang duit utk sms u..
kalau tujuan I nak bodoh2kan u?
Kan kerja bodoh namanya tu.


Setelah membaca mesej itu, dia terus menyimpan telefon bimbit. Tidak mahu meneruskan lagi persoalan yang masih belum terjawap. Mesej-mesej Amira semakin membingungkan. Entah kenapa, tiap-tiap baris ayat pada mesej itu membuat dia terasa disindir. Siapakah Amira?

Dia dapat melupakan mesej-mesej Amira dengan menyudahkan semua kerja-kerjanya. Sehingga pulang ke rumah dan menjelang malam, tiada lagi gangguan mesej dari pengirim itu. Tetapi sebaik sahaja dia hendak melelapkan mata, mesej dari Amira mengganggu lagi.

Rec> Bila tiba mlm mcm ni, suasana kat sini sunyi sekali.
Semua penghuninya dah terlelap.
Kesunyian ni lah yg memaksa I sms u.
I tau u tentu letih seharian bekerja.
Maaflah kerana mengganggu.
I cuma tak mahu lepaskan peluang mlm ni..
Utk ucapkan
slmt mlm kat u.
Swt drm..

Mesej tidak dibalasnya. Biar Amira tahu bahawa dia benar-benar tidak mahu diganggu lagi. Walaupun sekadar ucapan selamat malam, namun meninggalkan kesan pada diri dia. Sehingga matanya tidak mahu terlelap semula.

Dia menghampiri meja komputernya. Duduk perlahan-lahan sambil melepaskan keluhan. Matanya terarah ke luar jendela. Memandang kepekatan malam membuat dia terfikir sesuatu.

Jika Amira merasa kesunyian, sebenarnya dia juga sedang kesunyian. Kalau masih bersama Rahayu, suara itulah yang menemaninya di hujung talian. Tetapi Rahayu tidak pernah sejiwa dengannya. Perempuan itu tidak suka berlama di telefon. Lebih-lebih lagi pada malam hari. Rahayu selalu ingin cepat putuskan talian dengan alasan sudah mengantuk.

Semenjak terjadinya kerisis antara mereka, sudah dua minggu malamnya diharungi sendirian. Dia benar-benar inginkan seseorang untuk menghilangkan kesunyian itu.

Ingin dilayan mesej Amira. Tentu Amira suka. Tetapi dia tidak suka perkenalan dengan cara begitu. Apa lagi yang penuh persoalan.

Hanya ada seorang sahaja yang mampu menemaninya sepanjang malam. Tiba-tiba hatinya dipagut rindu yang teramat sangat dengan seseorang itu. Dia merasakan kehadiran Amira semakin mendekatkan ingatannya pada gadisnya dahulu. Apakah gadis itu yang menyamar sebagai Amira? Tetapi mengapa harus menyamar?

Telefon bimbit dicapainya. Dia membuka kotak inbox. Bukan untuk membaca semula mesej dari Amira. Sebaliknya dia mencari mesej-mesej lama yang dia terima dari gadisnya. Ada dua atau tiga mesej terakhir dari gadis itu yang tidak diendahkannya sedikit masa dahulu. Mesej itulah yang dicarinya sekarang. Dia membuka mesej paling akhir dan membacanya.

Rec> Haiz.. masih merajuk ke, Dani? sudah puas dipujuk..
Masih marah ke?
Sampai terus sepikan diri mcm tu.
Cal pun tak ans.. sms pun tak reply..
Terpulanglah.. kalau org dah tak sudi berkwn
Apa nak buat kan..

Dengan menggunakan ibu jarinya, dia menggosok perlahan-lahan permukaan skrin kecil di telefon bimbitnya. Seolah membelai ayat dari mesej gadisnya yang tertera di situ. Hatinya terasa bahagia. Jika digerakkan hati gadis itu untuk menghubunginya lagi, pasti dia tidak akan menolak untuk menyambung perhubungan mereka kembali.

Tetapi dia tahu hati gadis itu sudah cukup terluka dengan keegoan dia. Mana mungkin gadis itu mahu menghubunginya lagi, setelah dia sendiri berkali-kali menolak kehadiran gadis itu lantaran kecewa dengan pendirian keras dalam diri si gadis. Untuk dia sendiri yang memulakan agar menghubungi gadis itu, entahlah. Belum termampu untuknya menjatuhkan keegoan.

* * * * *

SEPERTI sudah menjadi rutin, jika ada ucapan selamat malam. Maka ada juga ucapan selamat pagi yang dia terima dari Amira.

Rec> Hi.. slmt pagi..
Alhamdulillah apabila celik je mata,
I mesti mengucap kesyukuran
Kerana masih ada peluang menikmati sehari lagi dlm hidup ni.
Seperti biasa pagi2 mcm ni,
Tentu mereka akan periksa I.
So I taknak menangguh2 sms utk ucap slmt pada u dulu.
Walau I tau u tak mahu reply msg I lagi, I tak peduli..
I harap satu hari nanti u akan terima I sebagai sahabat.
U take care
..

Dia hanya mengeluh setelah membaca mesej itu. Tidak teringin membalasnya.

Tiba di pejabat dia bertembung dengan Alaudin. Mereka sama-sama hendak masuk pintu pejabat. Kerana sudah sama-sama terpandang, mereka saling bersalaman serta mengucapkan selamat pagi sesama mereka.

Tetapi kemesraan antara keduanya sudah tidak ada. Hanya ketegangan yang mereka rasa. Masing-masing bagai menahan perasaan.

“Kita lunch sama-sama nanti, Dani? Aku ada hal lah nak cakap.” Kata Alaudin yang memulakan bicara. Sememangnya atau sekadar ingin berbasa-basi untuk menghilangkan kegugupan sendiri.

“Apa halnya?” Dia bertanya. “Kalau hal peribadi.. sorrylah.. di sini bukan tempatnya.” Sambungnya lagi. Wajahnya menunjukkan sikap acuh tak acuh.

“Sebab tu lah aku ajak kau lunch. Bukan nak cakap kat office ni.”

“Kalau hal peribadi.. aku rasa aku dah tahu. For your info, aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Rahayu. Clear? Kau bebas buat apa saja yang kau suka dengan dia. Tapi sebagai kawan, aku suka nak ingatkan kau. Isteri kau yang di rumah tu, jauh lebih baik dari perempuan itu. Rahayu memang suka bina kebahgiaan dari kekecewaan orang lain.”

Dia terus berlalu meninggalkan Alaudin yang terpinga-pinga. Membiarkan Alaudin memikir sendiri buruk baiknya.

Kebetulan tengahari itu dia ada temu janji dengan client. Dapatlah dia mengelakkan diri dari keluar lunch dengan Alaudin. Kalau tidak pun dia cuma mengirim kawan sepejabatnya untuk membelikannya makanan. Dia lebih selesa makan di pejabat sejak kebelakangan ini dari turun sendiri di kafe. Tidak sanggup melihat kemesraan Rahayu dengan Alaudin apabila bertembung.

* * * * *

SEBELUM dia sampai di tempat perjanjian, ada bunyi pesanan masuk di telefon bimbitnya. Dia membaca mesej itu sebaik sahaja kereta sudah selamat diparking. Amira lagi..

Rec> Seperti smlm, pagi tadi I kena pergi bawah lagi.
Tak habis2.. dah lah badan I kurus kering..
Bilalah agaknya akan berakhir penyeksaan ini?
Anyway u dah mkn t’hari?
Kalau I kat sini ada pilihan..
Dah tentu I pilih mkn kat luar.
Makanan kat dlm ni semuanya ada campuran..
Kesian kan I..

Sedikit sebanyak Amira menceritakan keadaannya. Tidak menghiraukan kemungkinan luahannya tidak dipeduli oleh si penerima. Dia masih tetap mahu menghantar mesej. Walaupun dah tahu yang mesejnya tidak mungkin dibalas lagi.

Kalau Amira benar-benar mahu dia kenali, ingin sekali dia bertanya di mana Amira berada sekarang? Tetapi kerana kemunculan Amira tidak diundang, maka dia tidak mahu ambil kisah dengan apa pun jua yang cuba disampaikan oleh Amira.

Dia berkira-kira untuk tidak mahu membalas mesej itu. Tetapi kebosanan menunggu client ditempat perjanjian membuat dia membalas juga mesej tersebut.

Ans> U ni tak faham2 ke?
Pls stop sms I boleh tak?
U tak malu ke sms lelaki yg tak mahu ada apa2 kena mengena dgn u?


Beberapa minit kemudian balasan diterima.

Rec> Skrg pun kita mmg takda kena mengenakan?
I pun tak nak. Sebab I tak mahu
seseorg yg dah ada kena mengena dgn I..
akan bersedih dgn keadaan I.
Kerana tu lah I cuma nak kita berkwn dgn cara ni je.
Kita berhubung hanya melalui sms.
Tanpa suara dan tatapan mata.
I masih berharap u sudi terima I jadi kwn u.

Memandangkan clientnya belum tiba. Dia sempat membalas mesej tadi.

Ans> Kenapa u desperate nak bersms dgn I.
Takda lelaki lain ke yg nak bersms dgn u?

Dan beginilah balasan Amira padanya.

Rec> Sebetulnya I dah tak minat nak kenal dgn mana2 lelaki lagi.
Cukuplah I punya sorg sahabat yg begitu mengambil berat.
Walau pun dia seorg wanita seperti I.
Tapi bila kwn I tu takda dpn I, I jadi sunyi.
Dan bila I tgk pic u, I perlukan seseorg seperti u
Yg boleh menemani I bersms.
I tau u boleh jadi teman I.. Bolehkan, u?
Tak lama.. hanya buat sementara je..


Berbangga juga dia rasa bila ada yang memerlukan sangat orang sepertinya. Tetapi dia tidak mahu tunduk dengan kata-kata itu. Dia tahu Amira tidak jujur. Dia ingin menguji Amira lagi.

Ans> What make u think by tgk pic je,
I dah boleh u percaya dan boleh u ajak berchatting?
Apa u tk takut dgn mengenali seorg lelaki thru sms,
atau chat, boleh terjerumus ke dlm maksiat?

Apabila mesej balasan Amira, dia terima, client yang di temujanji pun tiba. Tetapi dia sempat juga membaca mesej yang sudah dibuka.

Rec> Gd.. pertanyaan yg bagus.

Cukup itu yang dibacanya dahulu. Bila ada masa nanti baru dia akan sambung membaca. Dia mesti jalankan tanggung jawap terhadap kerjanya.

* * * * *


p/s Insya-Allah nanti Lily sambung lagi.. Slmt membaca..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~