JULY 2003
PUTRISYA menyarung cermin mata hitamnya. Terasa sudah lama dia menunggu. Dia perlu menyedarkan sahabatnya tentang keadaan itu. Dia tahu kawannya yang seorang ini boleh tahan berlama di situ jika tiada orang yang mengingatkannya. Lupa pada hujan dan panas yang menimpa.
“Sha, dah hampir dua jam lebih kita kat sini. Marilah kita balik.”
Aisha menoleh ke sisinya dengan pandangan sayu.
“Maafkan aku, Putri.. Sebab biarkan kau tunggu lama.” Dia bersuara lemah.

Putrisya cepat-cepat menggeleng.
“Tak apa. Aku cuma nak ingatkan kau. Matahari dah makin menegak. Kau kena jaga kesihatan kau.”
Aisha hanya mendiamkan diri. Tetapi dia menutup surah Yasin yang sudah berulang kali dibacanya sejak tadi. Memerhatikan sejenak tanah di hadapannya. Kemudian menadah tangan memanjatkan doa buat sekian kalinya untuk seseorang yang kekal di ingatan.

* * * * *
MASING-masing melayan fikiran. Tidak kuasa untuk mengganggu ketenangan teman di sebelah. Hanya kedengaran suara dari corong radio kereta milik Putrisya.
Penat melayan fikiran, Aisha menoleh ke sebelahnya. Hairan dengan sikap temannya yang agak pendiam dari hari-hari biasa. Jika selalu pantang saja dirinya berdiam, pasti temannya itu berusaha mengajaknya bercerita.
Putrisya memang sudah menjadi sahabatnya semenjak dari alam persekolahan. Putrisya bernasib baik kerana hidup dalam suasana keluarga yang serba sempurna. Sedangkan Aisha hanya dibesarkan oleh ibunya sahaja.
Bagaimana pun bila timbul soal percintaan, nasib lebih menyebelahi Aisha. Dari mula perkenalan sehingga kekal menjadi kekasih, bagi Aisha dan pasangan, itulah satu-satunya tiada pengganti. Manakala Putrisya sudah berapa kali gagal dalam percintaan. Yang terakhir ini, dia gagal dua kali setelah bercinta dengan orang yang sama.
Dari sudut tepi, Aisha memerhati wajah Putrisya. Gadis itu mempunyai wajah putih bersih dan berdagu lekuk. Sangat ayu bila bertudung. Dia juga gadis yang lembut. Aisha hairan bagaimana gadis selembut Putrisya boleh dikecewakan oleh teman-teman lelakinya.
Kadang-kadang timbul iri di hati Aisha terhadap ketenangan temannya apabila menghadapi tiap kegagalan. Putrisya tidak pernah menggelabah walaupun kegagalan yang beberapa kali.
Tiba-tiba Aisha sebak bila mengenangkan dirinya sendiri. Mengapa dia tidak boleh seperti Putrisya? Kenapa dia tidak dapat menerima kehancuran hidupnya, walaupun ini kali pertama terjadi? Satu keluhan diluahkan tanpa sedar.
“Tak baik mengeluh macam tu Sha.”
Kedengaran suara lembut Putrisya. Tidak sangka dirinya sedang diperhatikan.
Aisha menoleh, tetapi Putrisya tekun menumpukan perhatiannya pada jalanraya di hadapan.
“Aku masih belum dapat jadi macam kau, Putri. Sentiasa tenang menghadapi masaalah.” Luah Aisha.
Tercuit juga hati Putrisya mendengarnya. Dia cukup faham perasaan Aisha.
“Masaalah kita berbeza Sha. Aku faham kalau kau belum dapat terima ini semua. Cuma satu saja aku nak tanya. Sampai bila baru kau nak tamatkan penyiksaan kau terhadap diri sendiri? Kalau dia masih hidup... dia tentu tak suka lihat keadaan kau macam ni.”
Aisha mengeluh lagi. Matanya tiba-tiba terasa hangat.
“Aku dah tak nak pandang masa depan lagi Putri. Aku rasa semangatku dah dibawa bersamanya. Dan dia bagai menuntut janji supaya aku sehidup semati dengannya…”
“Astaghafirullahalazim..! Mengucap Sha. Tak baik kata macam tu. Di luar kuasa kita menentukan nasib diri sendiri.”
Aisha menutup mata menyesali kata-kata yang terluah tadi. Dia faham benar Putrisya tidak suka jika dia bersikap lemah begitu. Selama ini hanya Putrisya seorang sahaja sahabatnya yang setia dan tidak jemu-jemu memberinya semangat. Sehinggalah dia kembali menjadi Aisha yang sekarang ini.

* * * * * *
“SYA!!” Terdengar jeritan ibu di luar bilik.
“Ya bu...!” Segera Putrisya berlari membuka pintu.
“Cuba lihat siapa yang datang ni?” Kata ibu sebaik sahaja pintu terbuka.
“Aisha!!” Terjerit Putrisya bila melihat kawannya berdiri di belakang ibu.
“Kenapa kau datang ni?” Tanyanya lagi.
“Kau tak suka aku datang ke Putri?” Tanya Aisha dengan nada sedih.
“Tak lah... tapi beritahulah nak datang. Jadi aku boleh ambil kau.” Terang Putrisya menghapuskan salah faham sahabatnya.
“Walaupun aku macam ni tapi aku masih ingat jalan nak tuju rumah kau.” Aisha tersenyum.
“Aisha, bahaya di mana-mana kalau kau berseorangan. Kau tu tak berapa sihat.” Aisha mengeluh.
“Kau sendiri tak mahu aku jadi lemah. Tapi dalam masa yang sama... kau pun tak percaya keupayaan aku.”
Putrisya menarik sahabatnya ke dalam pelukan.
“Maafkan aku, Sha. Aku tak bermaksud begitu.”
Aisha membalas dakapan itu dan menepuk belakang Putrisya.
“Aku tahu Putri. Kau memang sahabat yang prihatin.”
“Sya...”
Suara ibu tiba-tiba menyedarkan mereka. Lupa di antara mereka masih ada seseorang di situ. Serentak mereka menyahut dan menoleh. Kemudian serentak pula mereka tertawa.
“Tu lah kalau dah sama nama. Bila panggil dua-dua menyahut.” Kata ibu tersenyum.
“Sebab tu Sha suka panggil dia, Putri.. cik.” Balas Aisha.
“Dari kecil kami panggil Putri juga. Dah besar-besar ni dia tak mahu pula.”
“Aisha saja yang ungkal bu. Masih nak panggil Sya dengan panggilan Putri.” Adu Putrisya kepada ibunya.
“Eh! Dah nama kau tu Putri, nak buat macammana? Lagipun aku memang suka nama Putri tu.”
Putrisya hanya menunduk. Ada sesuatu yang sahabatnya tidak tahu kenapa dia tidak suka dengan panggilan itu.
“Dah lah tu... mak cik ada kerja ya Sha. Kalian berbuallah dulu.” Kata ibu di hujung tawanya.
Setelah ibunya berlalu, Putrisya menarik tangan Aisha masuk ke biliknya.
“Kita berbual di dalam lah ya.”
Aisha hanya mengangguk dan menurut.
Rupanya Putrisya sedang menghadap komputernya. Terdapat banyak fail-fail dan kertas-kertas yang berserekan di atas meja.
Aisha tersenyum dan menggelengkan kepala. Sejak dahulu Putrisya tidak pernah berubah. Minatnya pada sastera masih ketara. Tidak hairanlah sikap dan kata-katanya begitu lembut.
Aisha duduk di sisi meja dan mencapai sebuah fail yang memang sudah sedia terbuka. Matanya menjeling sekilas ke arah temannya kalau-kalau ada bantahan. Tetapi Putrisya sibuk mengumpulkan kertas-kertas yang berserakan.
“Hem... cerita baru nampaknya.” Kata Aisha setelah lebih dahulu membaca serba ringkas tulisan tangan Putrisya. Kertas-kertas yang terkumpul dalam fail tadi diselak satu persatu. Semuanya bertulis tangan dengan gaya tulisan yang tidak menentu.
Putrisya menoleh. Memandang fail yang berada di tangan sahabatnya. Kemudian baru mengiakan apabila sudah mengetahui maksud pertanyaan Aisha.
“Baru rangkanya saja Sha. Tajuknya pun belum ada.” Katanya sambil menyambung mengemas. Malu pada tetamu dengan keadaan mejanya.
“Kau boleh kasi idea untuk tajuknya tak?” Tiba-tiba Putrisya bertanya.
Aisha mengambil masa yang lama untuk menjawap. Rupanya dia sedang tekun membaca salah satu perenggan cerita itu.
“Berapa lama kau nak ambil masa untuk siapkan cerita kau ni Putri?”
Putrisya duduk di hadapan Aisha. Tergelak kecil dia bila mendengar pertanyaan itu.
“Aku belum sempat taip apa-apa pun kat folder. Semuanya baru perangkaan. Tapi... kenapa kau tanya?”
“Ceritanya menarik. Ada misteri sikit. Aku takut tak sempat nak membacanya sampai habis.”
Putrisya ingin mencapai tetikus yang berada di tepi komputer, untuk sign out hotmail massengernya, terhenti pergerakannya bila mendengar kata-kata Aisha. Dia memandang Aisha dengan wajah serius.
Menyedari keterlanjurannya, Aisha menyambung kata.
“Kalau belum habis membaca, susahlah aku nak tolong carikan tajuk yang sesuai.” Dalihnya.
Putrisya tidak menyangkal. Tiba-tiba dia rasa sedih. Sia-sialah semangat yang diberi selama ini, jika Aisha tetap bagaikan orang yang berputus asa. Untuk menghilangkan rasa sedih, Putrisya berdiri sambil bersuara lemah.
“Aku ke dapur dulu ambilkan air untuk kau ya.” Dia terus berlalu dari situ.
Setelah Putrisya menghilang, Aisha termenung memikirkan kata-katanya sendiri. Dia tahu Putrisya paling tidak suka dengan kata-kata begitu. Tetapi Aisha sendiri tidak tahu mengapa dia tidak dapat memesongkan fikirannya dari memikirkan hal yang sama.
Sambil melepaskan keluhan yang berat, mata Aisha mengawasi skrin komputer. Rupanya Putrisya sedang menyemak e-mel.
Mata Aisha meneliti barisan nama-nama yang terpapar. Tiba-tiba matanya terhenti pada satu nama. Nama yang sentiasa terukir di bibir Putrisya sedikit masa dahulu. Nama yang sering diagung-agungkan keperibadiannya. Nama itu jugalah yang membuat sahabatnya gagal dua kali dalam bercinta.
Putrisya memang gadis misteri. Apa sahaja yang bersangkutan dengan peribadinya adalah rahsia. Biarpun pada sahabatnya sendiri, Putrisya tidak mudah meluahkan kelukaan yang dialami. Sehingga kini siapa dan bagaimana rupa orang yang dipuja Putrisya, masih belum Aisha kenali.
Digoda rasa ingin tahu, Aisha berkira-kira untuk membuka e-mel dari pemuda itu. E-mel bertarikh dua minggu lepas. Apakah Putrisya sudah berbaik dengan pemuda itu lagi? ‘Putri.. Putri, perhubungan kalian juga pelik dan misteri.’ Itulah bisik hati Aisha.
Sebaik sahaja e-mel itu dibuka, terpapar beberapa barisan ayat yang mampu membuat Aisha tersenyum. Apa yang menjadi persoalan, jawapannya sudah ada di hadapan mata. Kerana jawapan itu harus segera diketahui, Aishah tidak berlengah membuka attachment itu.
Wajah seorang anak muda yang tampan. Bujur sireh, berkulit cerah, berhidung mancung, berbibir nipis dan beralis lebat hampir bercantum. Mata yang seakan sedang merenung... Mata itu... Ya Allah..!
* * * * * *
p/s Cerita ni perlukan penghayatan yg lebih untuk memahaminya. Kerana ceritanya akan berbalik-balik. Apa yg perlu ialah pembaca harus perhatikan setiap TAHUN yg tertera. tahun yg berbeza-beza memberitahu bahawa sesuatu yg terjadi itu antara dulu dan kini.
Salam Sayang
~Putri Lily~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~