DANIAL membawa Putrisya minum di Bedok Corner. Sepanjang perjalanan ketika berdua di dalam keretanya, Danial tahu Putrisya kurang selesa. Sebab itu dia yang mengesyorkan mereka minum di sana. Suasana yang kerap dipenuhi pengunjung. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia terus ke tempat yang lebih aman supaya dapat memberinya keselesaan apabila bercerita tentang Amira.
Mereka memilih tempat yang agak lengang di satu sudut. Setelah memesan minuman, Danial mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon itu direnungnya. Kemudian pandangannya beralih ke arah Putrisya. Ketika itu Putrisya juga sedang memandang telefon bimbit yang berada di tangan Danial.
Duduk berdepan dengan orang yang baru pertama kali bertemu, begitu meresahkan Putrisya. Menyedari dirinya sedang direnung, semakin membuat dia rasa serba tidak kena.
“Maafkan Dani kalau Putri rasa seperti dipaksa mengikut.” Danial bersuara memecah kesunyian.
Dia yang begitu bersemangat pada mulanya untuk membongkar rahsia Amira, tetapi apabila sudah berhadapan dengan gadis ayu yang pernah bertempat di hatinya dahulu dan kini juga, membuat dia keliru dengan perasaannya sendiri.
Separuh hati berkata tidak mungkin Putrisya mahu menyamar. Apa lagi bila dilihat dari setiap sudut wajah ayu itu, jelas menunjukkan kejujuran.
“Kalau Putri tak maafkan... apa Dani nak buat?” Dalam keresahan sempat Putrisya mengusik.
Danial tersenyum melirik.
“Dani sanggup terima hukuman apa saja.”
“Hmm, betul?” Peluang bagi Putrisya.
Danial hanya mengangguk dan tersenyum. Tetapi matanya masih menatap wajah Putrisya.
“Okey... kalau gitu hantarkan Putri balik.” Pinta Putrisya.
Danial tidak terperanjat. Malah dia semakin melebarkan senyumannya.
“Nantilah... memang nak hantar pun. Tapi setelah urusan kita selesai.” Jawap Danial sambil sengaja memusing-musingkan telefon bimbitnya. Seakan mengingatkan Putrisya akan tujuan pertemuan mereka.
Putrisya membuang pandangannya ke lain. Di ketika yang sama pelayan datang membawa minuman yang dipesan. Putrisya mengambil peluang itu untuk menghela nafasnya. Terlepas dari pandangan tajam Danial. Entahkan gugup entahkan apa? Yang Putrisya tahu dia memang belum bersedia untuk menghuraikan perihal Amira di ketika ini. Kerana pertemuannya dengan Danial sudah cukup membuatnya terkejut.
“Minumlah... tenangkan perasaan tu.”
Tiba-tiba Danial bersuara seakan tahu apa yang bermain di fikirannya.
Putrisya mencapai gelasnya dan meneguk sedikit minuman sekadar membasahkan tekak.
“Apakah Dani rasa kita perlu selesaikan masaalah tu sekarang?”
“Kenapa tidak? Dani rasa kalau tak Dani buat keputusan nak jumpa Putri hari ni... Entah bilalah agaknya masa yang sesuai.”
“Jadi Dani rasa ini masa yang sesuai?” Putrisya bertanya lagi.
“Pada fikiran Putri?” Soalan Putrisya, Danial jawap dengan soalan kembali.
“Putri tak boleh berfikir saat ni...” Jawapan Putrisya begitu lemah.
Danial ketawa mendengar jawapan itu.
“Macam takut aje...” Danial masih lagi dengan sisa tawanya.
“Putri masih terkejut dengan pertemuan kita... jadi tak mungkin Putri dapat beri kerja sama untuk huraikan masaalah Dani dengan Amira.” Jawap Putrisya.
Takut yang Danial maksudkan ialah mungkin Putrisya takut kalau rahsia penyamarannya terbongkar. Alasan-alasan Putrisya semakin membenarkan ramalannya.
“Itu bukan masaalah Dani dan Amira lagi... tapi dah jadi masaalah Putri.”
Putrisya memberanikan diri memandang mata Danial. Terkejut dengan kata-kata Danial tadi. Danial seakan faham maksud pandangan itu. Dia menunjukkan telefon bimbitnya dan menyerahkan pada Putrisya.
“Buka my inbox dan cari mesej-mesej Amira dari mula hingga akhir. Putri akan tahu kenapa Dani kata ini masaalah Putri juga.”
Hairan kerana Danial masih menuduhnya. Tetapi Putrisya menyambut juga telefon itu dari tangan Danial. Kemudian jarinya lincah mencari mesej-mesej yang dimaksudkan.
Dia mula membaca mesej yang datang dari Amira bermula dari awal perkenalannya dengan Danial. Juga mesej balasan yang dihantar oleh Danial pada Amira.
Danial sekadar memerhati. Dia perlu bersabar menanti sehingga Putrisya habis membaca kesemua mesej-mesej Amira. Sambil itu dia memerhatikan reaksi Putrisya. Namun tiada perubahan ketika mesej awal dibacanya. Putrisya masih kelihatan tenang.
Daripada tangannya yang memegang telefon bimbit berada di atas meja sehinggalah tangannya dialih ke atas peha, Putrisya tidak sekalipun mengalihkan pandangan dari bacaannya. Mukanya sentiasa tunduk tekun memandang telefon kepunyaan Danial.
Danial pula semakin perasan gadis di hadapannya semakin menundukkan wajah sehingga sukar untuk Danial melihat perubahan air muka Putrisya.
Tiba-tiba Danial dapati bahu Putrisya seakan bergoyang-bergoyang. Bila diperhatikan betul-betul bukan hanya bahu, malah seluruh tubuh Putrisya memang terhenjut-henjut. Tangannya pula menggigil. Namun telefon bimbit masih tetap dalam genggamannya.
Dalam kehairanan Danial memanggil.
“Putri..”
Putrisya tidak menjawap. Sebaliknya gerakan badan Putrisya semakin hebat diiringi dengan bunyi yang keluar dari nafasnya. Putrisya menangis.
“Putri! Kenapa Putri?” Danial bertanya cemas.
Putrisya mengangkat wajahnya memandang Danial. Mukanya sudah dibasahi airmata.
“Putri... Putri tak kenal Amira...”
Serentak dengan kata-kata itu Putrisya bingkas berdiri. Meletakkan telefon bimbit di atas meja. Kemudian berpaling dan meninggalkan Danial yang kebingungan.
Danial hanya mampu memandang sahaja kepergian Putrisya. Tidak pula dia menghalang. Sebaliknya Danial mengangguk perlahan-lahan sambil matanya melirik ke arah telefon bimbit di atas meja. Apa yang difikirkan, sangkaannya sangat bertepatan.
* * * * *

p/s Hmm apa betul ke Putrisya menyamar? Kalau tak kenapa dia berperangai mcm tu eh? Nak tahu nantikan sambungannya k.. Selamat membaca.
Salam Sayang
~Putri Lily~
~Putri Lily~
kak putriiii
BalasPadamknp purisya mnagis..??
eja xrsa putrisya myamar..
eee cpt sbg ye kak putri..
xsbr dah nie nk jdi dtektif conan
hehehe..
Hehe.. sabar ye eija. Jgn pula eija yg menangis sebab tak sabar nak tahu.. hehe
BalasPadamApapun terima kasih kerana membacanya..
Salam Sayang
~Putri Lily~