IMBASAN 2004
PUTRISYA terasa ada sentuhan lembut di tangannya. Berserta sayup-sayup suara seseorang yang memanggil namanya. Dia masih dalam keadaan mamai.
“Putri... Putri...” Suara itu kedengaran lagi.
Perlahan-lahan Putrisya membuka mata dan mengangkat kepalanya. Pipi sebelah kiri terasa sebu kerana lama tertindih.
“Eh..!” Dia terkejut melihat sahabatnya sedang berdiri memerhatikan. Di sisi sahabatnya pula, seorang jururawat juga tersenyum memandang.
Dia tidak sedar sudah berapa lama dia duduk di sisi katil. Dengan beralaskan tangan, Putrisya tertidur duduk dengan separuh badannya di rihatkan di atas katil itu.
Apabila sudah betul-betul sedar dengan keadaan sekeliling, Putrisya bangun dan menghampiri sahabatnya. Dia bersama jururawat membantu sahabatnya berbaring di atas katil pesakit.
Apabila sudah betul-betul pasti dengan keselesaan pesakit, jururawat itu meninggalkan mereka berdua.
“Dah lama kau sampai, Putri?”
Putrisya memerhati keluar tingkap. Hari sudah gelap rupanya. Kemudian dia memerhati jarum jam di tangannya.
“Ish... dah lama juga rasanya.” Jawap Putrisya malu.
“ Aku kena turun bawah tadi. Tak tau kau nak datang.”
Putrisya duduk di sisi sahabatnya. Dia tersenyum mesra.
“Aku tau... Aku sampai tadi tengok kau takda, aku pergi tanya dengan nurse kat luar tu. Dia kata sekejap aje.. tak sangka sampai tertidur pula.”
Putrisya mencapai tangan sahabatnya. Terasa dingin sangat.
“Kau sihat, Sha?”
Terdengar keluhan Aisha.
“Macammana yang kau tengok aku semalam, macam tu lah aku hari ni. Alhamdulillah aku masih ada waktu kau datang hari ni.”
Putrisya memejamkan mata serta menggeleng kepala. Tanda tidak suka mendengar Aisha berkata begitu. Namun tiada kata-kata yang mampu diucapkan.
Putrisya melihat Aisha memalingkan muka ke sisi sebelah kanan. Seakan tidak mahu memandang wajahnya. Dia perasan Aisha mencapai telefon bimbit yang sudah memang ada di situ waktu dia datang awal tadi. Aisha menyimpan telefon itu ke dalam laci.
Ketika Aisha kembali menolehnya, dia bertanya.
“Kau letak kat situ aje handphone tu.. kalau orang ambil time kau takda dalam bilik ni, macammana?”
“Er... so far takda apa-apa... em... ada sesiapa yang call aku tak tadi?” Tanya Aisha.
Sukar untuk mentafsirkan apa sebenarnya perubahan yang Aisha pamerkan di wajahnya ketika itu. Putrisya hanya menggeleng sebagai tanda menjawap.
“Hei! Ada yang aku tak tau ke...?” Putrisya mengusik.
“Apa nya? Jangan merepeklah...” Aisha tersenyum dengan usikan sahabatnya.
“Mesti tunggu panggilan dari seseorang ni...” Putrisya menebak sembarang.
“Ada memang... Ibu aku lah..,” jawap Aisha selamba. “Berapa hari ni kau saja yang kerap mengunjungi aku, Putri. Sibuk sangat agaknya ibu aku tu... call pun tidak...” Sambungnya merungut.
“Biarlah, Sha... bila dia free nanti tentu dia datang tengok kau.” Pujuk Putrisya.
“Aku dah tak kisah lagi, Putri. Yang aku tahu kalau takda orang datang tengok aku pun.. aku tak keseorangan lagi kat sini.”
Putrisya sekadar mendengar. Sangkaannya, Aisha mungkin maksudkan jururawat-jururawat yang bertugas atau rakan pesakit yang setingkat dengannya. Tidak siapa yang tahu kalau maksud Aisha pula adalah berbeza.
* * * * *
KEMBALI 2007
DI ATAS sejadah Putrisya duduk bertawaduk. Usai sahaja dia memberi salam dan doa, dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Lama dia berkeadaan begitu. Dia menangis lagi. Tangisan yang tidak dapat ditahan.
Mesej-mesej Amira dari telefon bimbit Danial betul-betul menghantui fikirannya. Lantas membuatnya teringat akan seorang sahabat. Kenangan bersama sahabat kembali tebayang di ruang mata. Sehingga meninggalkan kesan yang begitu ketara dalam jiwanya. Kesedihan.
Putrisya masih dibelenggu keliruan dengan kenyataan ini. Benarkah Putri yang dimaksudkan itu adalah dirinya? Sehingga Danial menuduh dia yang menyamar.
Siapakah Amira yang wujud dalam telefon bimbit Danial? Putrisya teringat sesuatu.. Oh tidak! Gadis misteri itu bukan bernama Amira. Begitu pengakuan yang disampaikan oleh gadis itu sendiri di akhir-akhir mesejnya. Adakah dia... Aisha? Kerana Aisha juga seperti gadis misteri itu, suka dengan nama Putri. Tapi Aisha kan...
* * * * *
DANIAL IMANI memerhati keluar tingkap bilik pejabatnya. Apa yang terbentang di luar sana hanyalah kesibukan bandar. Danial hanya memandang kosong. Kerana fikirannya tidak di situ.
Dia sedang menekapkan telefon bimbitnya ke telinga. Menanti sesuatu dari hujung sana. Semenjak pertemuan mereka, Danial gagal menghubungi Putrisya. Kadang-kadang panggilannya tidak berjawab dan kadang-kadang talian di hujung sana sengaja dimatikan.
Danial hairan dengan sikap Putrisya. Gadis itu mengaku tidak mengenali Amira. Jika benar, kenapa sikapnya begitu aneh? Mengapa dia mesti melarikan diri dan menyepi hingga kini?
Sampai deringan sudah tamat, Danial yang menanti mula berputus asa untuk cuba menghubungi lagi. Dia mesti bersemuka lagi dengan Putrisya.
Kebetulan waktu habis pejabat sudah tiba, Danial bergegas mencapai beg dan kunci kereta. Ketika pintu biliknya mahu dibuka, terdengar suara kecoh di luar.
Danial perhatikan ada beberapa kakitangan pejabat cuba meleraikan pergelukan yang berlaku.
“Dasar perempuan tak tau malu! Dah tak laku sampai nak ganggu suami orang pulak!”
Begitulah kata-kata yang sempat menerjah ke pendengaran Danial.
Mereka semua terkejut dan berpaling dengan kemunculan Danial. Seorang wanita yang bertubuh sederhana sedang berbalas pandang dengan Danial. Lekas-lekas Danial mengalihkan pandangan ke wajah-wajah lain. Matanya berpapasan dengan anak mata Rahayu. Wajah itu mempamerkan kesayuan. Begitu ketara merah. Mungkin kerana malu.
Danial segera memahami keadaan yang sebenar. Matanya mencari-cari wajah Alaudin. Tetapi lelaki itu tidak ada di situ. Memang tidak tahu dengan kejadian itu atau sengaja melarikan diri.
Oleh kerana merasa itu bukan urusannya, Danial mengorak langkah. Tetapi namanya dipanggil.
“Dani!!”
Membuat Danial tidak jadi melangkah. Dia terfikir sesuatu. Lalu dia berpusing semula dan berkata.
“I harap ini cuma fitnah orang terhadap you, Rahayu. I dah penat nak tahan hati bila orang cerita tentang tunangan I ada affair dengan suami orang.”
Semua yang di situ termasuk Rahayu tercengang dengan kata-kata Danial. Wanita yang menyerang Rahayu lebih-lebih lagi. Dia memandang Rahayu silih berganti dengan wajah Danial.
“Harap kalian dapat selesaikan segera. I tunggu kat kereta. Atau kalau mahu dilihat lebih profesional, berbincang lah kat tempat lain.. bukan di pejabat ni..”
Tegas suara Danial sehingga tidak ada diantara wanita tadi ataupun Rahayu, yang berani mengangkat muka. Malu pun ada bila disindir begitu.
Sejurus setelah beberapa minit Danial menghidupkan enjin keretanya, Rahayu mengetuk cermin tingkap keretanya. Danial hanya menoleh sekilas tetapi sudah cukup memberi makna buat Rahayu. Dia terus sahaja membuka pintu dan duduk di sebelah Danial.
“Terima kasih kerana lakonannya hingga dapat I lepaskan diri dari masalah tadi.” Bisik Rahayu minta simpati.
Danial tidak menjawab. Sebaliknya mula menggerakkan kereta keluar dari pintu pagar bangunan pejabatnya. Setibanya di persimpangan untuk tuju ke jalan raya utama, Danial memberhentikan keretanya dan mengisyaratkan Rahayu keluar.
“Dani!! Apa ni?” Rahayu kehairanan.
“I kan cuma pelakon tambahan dalam drama asmara you. Berlakon di samping pelakon sensasi yang popular. Sekarang lakonan I dah selesai. You boleh turun sekarang. I dah penat dan nak balik.” Balas Danial tanpa menoleh.
Rahayu mahu bersuara lagi tetapi Danial sudah menukar tuil gear dari neutral ke gear rendah, sebagai tanda mahu menggerakkan keretanya. Rahayu terpaksa keluar dari kereta dengan perasaan yang tidak puas hati. Sebelum pintu ditutup, sempat dia menangkap kata-kata Danial.
“I harap you tak kan berani melakonkan lagi watak-watak yang menjerut leher you sendiri.”
Rahayu hanya menggigit bibir menahan hati. Di ketika ini dia atau Danial kah yang tidak berhati perut? Kereta terus berlalu meninggalkan Rahayu.
Melalui cermin pandang belakang, Danial memerhatikan Rahayu yang masih tegak berdiri. Dia melepaskan keluhan dan menumpukan perhatiannya di hadapan.
‘I am sorry Ayu. Sebenarnya aku bukanlah lelaki yang kejam sangat nak tinggalkan perempuan kat tepi jalan macam tu. Tapi perempuan jenis macam kau memang patut diberi pengajaran.’
Danial melupakan niatnya untuk menuju ke pejabat Putrisya. Setelah Rahayu, dia tidak mahu Putrisya juga menganggap dia lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri. Kerana Danial lebih memahami dan menghormati pendirian Putrisya. Masanya akan tiba juga nanti.

p/s Dapat ke Danial menghuraikan masalah barunya dgn Putrisya? Insya-Allah nanti lily sambung lain kali k..
Salam Sayang
~Putri Lily~
~Putri Lily~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~