KEMBALI 2007
“JADI dia pilih Dani untuk jadi kawannya hanya kerana ada persamaan mata Dani dengan arwah kekasihnya?” Danial tergelak kecil.
Sementara Putrisya bagai berada di dunianya sendiri. Menceritakan kenangan lamanya bersama Aisha, menimbulkan rasa segan Putrisya terhadap Danial. Tetapi itu semua bukan masalah baginya sekarang. Biarlah Danial tahu selama ini, Putrisya selalu mengingatinya.
Apa yang baru terlintas di fikirannya ialah, apa benarkah Aisha pernah membuka e-melnya?
Tiba-tiba Putrisya merasa hembusan angin menampar lembut pipinya. Menyedarkan dia pada keadaan sekeliling. Danial masih di sebelah. Mereka masih di dalam kereta. Dari mana datangnya angin tadi? Sedangkan cermin kereta tertutup rapat. Mereka selesa menggunakan alat penghawa dingin sahaja.
Mata Putrisya terarah ke deretan batu-batu nisan. Terus pandangannya tertumpu pada salah satu kuburan di situ. Timbul keinsafan dalam dirinya. Dia mengeluh lemah.
“Aisha sudah tiada... tetapi kenapa muncul Amira pula?”
Tiada siapa yang dapat memberinya jawapan.
Mendengar tiada jawapan bagi pertanyaannya tadi, Danial memandang ke sebelahnya. Kemudian dia turut melihat arah pandangan mata Putrisya.
“Putri...” Dia memanggil lembut.
Putrisya memalingkan mukanya dari terus memandang kuburan sepi. Tetapi pandangannya jatuh menunduk. Tidak langsung menoleh pada suara yang memanggilnya. Namun Danial faham kalau itu tandanya Putrisya sudah menyahut panggilannya.
“Dani minta maaf kalau Dani terlalu memaksa. Sampai Putri sedih kembali mengenangkan sahabat yang dah pergi. Lebih-lebih lagi bila Dani menuduh Putri yang bukan-bukan...”
“Tak mengapa, Dani. Kalau Putri di tempat Dani pun, tentu Putri punya fikiran yang sama. Tapi kalau Dani kehairanan dengan kemunculannya, Putri lebih-lebih lagi... Masih bingung dengan misteri kemunculan mesej-mesej itu. Apa masih boleh terjadi ke perkara pelik macam ni dalam dunia sekarang? Boleh ke kita percaya?” Entah bertanya pada Danial atau dengan dirinya sendiri. Mata Putrisya kembali memandang ke kuburan itu.
“Kita mungkin boleh percaya tapi tidak boleh terlalu taksub memikirkannya. Percaya kerana ini adalah kuasa Allah. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini yang tak kita sedar.”
Putrisya menghapuskan sisa airmata. Dia membenarkan kata-kata Danial dengan anggukan sahaja.
“Mari kita kesana... Dani nak jumpa dia... Semoga dengan ini dia tahu yang Dani sudah menerima dia sebagai sahabat.” Ajak Danial.
Kata-kata Danial membuat perasaan Putrisya sedih semula. Tetapi dia cuba mengawalnya. Lalu bersetuju dengan Danial. Lagipun memang itu tujuan dia membawa Danial ke situ.
Langkah diatur, pasangan yang bagaikan dua merpati yang sama padan. Keadaan sekeliling bagai merestui perhubungan mereka. Bersama suasana petang yang begitu damai. Angin bertiup nyaman seoalah sudah lama menantikan kehadiran mereka. Seperti ada yang tersenyum memandang mereka. Tanpa mereka sendiri menyedari.
AISHA BTE SYAFI’I.
TARIKH 24 JANUARY 2004
Itulah yang tertera di batu nisan yang pertama sekali menjadi tatapan mata Danial. Segera timbul keinsafan pada dirinya melihatkan kuburan yang begitu terjaga. Danial melihat Putrisya mengutip beberapa helai daun kering yang jatuh di atas pusara Aisha. Juga mencabut rumput-rumput halus yang baru menjadi. Wajah Putrisya menunduk sahaja. Bagai tidak mahu terlepas pandang dari memandang pusara sahabatnya. Atau barangkali Putrisya sengaja tidak mahu bertembung mata dengan Danial.
Danial memegang hujung batu nisan sambil mulutnya berbisik antara dengar dan tidak.
“Walau kita tidak pernah bertemu, walau ku tidak mengenalimu, tapi dengan memandang wajah sahabatmu, aku seperti melihat keihklasan mu ‘Amira’. Maafkan aku kerana kekasaran ku melayani mesej-mesej mu. Dan walaupun aku masih keliru dengan tujuan sebenar kemunculanmu, namun aku berterima kasih...” Bibir Danial berhenti berbisik. Matanya melirik Putrisya yang sedang kusyuk membaca surah Yasin. Tanpa menyedari Danial memandangnya. Kemudian Danial menyambung berbisik semula. Sambil memejamkan mata.
“Percayalah ‘Amira’... di mana pun kita di tempatkan, kau ku terima menjadi sahabat. Al-Fateha...” Danial lebih selesa memanggil nama Amira yang dikenalinya dari nama sebenar. Surah Fateha di bacanya dengan penuh kikhlasan.
Ada genangan airmata yang bertakung di kelopak mata Putrisya. Walaupun dia sedang membaca, tetapi telinganya dapat menangkap apa yang dibisikkan oleh Danial.
Setelah selesai menyedekahkan surah Yasin, mereka bersiap-siap untuk beredar. Putrisya merenung untuk sekian kali pusara sahabatnya. Danial memberanikan diri untuk menyentuh lembut tangan Putrisya yang berada diatas tanah kuburan Aisha.
Putrisya tersentak memandang Danial.
“Jika benar Amira adalah Aisha yang wujud dari alam lain, rasanya Dani faham apa maksud kemunculannya...” Sengaja dibiarkan ayatnya tergantung.
Putrisya menunduk. “Apa yang Dani tau?”
Tangannya yang dalam gengaman tangan Danial ditarik perlahan tanpa menyinggung perasaan Danial. Sebenarnya dia tidak selesa diperlakukan begitu.
Danial memang tidak tersinggung. Malah ada senyuman terukir di bibirnya. Dia memandang nama Aisha yang tertera di batu nisan.
“Satu hari yang sesuai nanti akan Dani beritahu. Itu pun jika Putri sudi bertemu dengan Dani lagi.” Jawapnya sambil mengalih pandangannya ke wajah Putrisya. Mengharapkan persetujuan.
“Dah terlanjur kita dah berjumpa dua kali, tak kan Putri nak mengelak lagi? Tak kan Putri masih nak ikut pendirian lama?” Mendengar tiada jawapan Danial bertanya lagi.
Putrisya tahu Danial menyindirnya dengan mengungkit kisah lama. Tiada perkataan yang keluar dari bibirnya. Sebagai balasan dia memberanikan diri merenung ke dalam mata Danial. Mencari keikhlasan dari kata-kata Danial sebentar tadi. Seketika cuma. Panahan dari renung balas dari Danial begitu menggodanya. Putrisya hanya tersenyum dan mengangguk sedikit. Tetapi sudah cukup memberi erti buat Danial. Harapannya cerah untuk bersama semula dengan gadis pujaan hatinya.
Putrisya mendongak memandang ke langit. Dia menadah tangannya dan berdoa untuk sahabatnya. Bibirnya masih terukir senyuman. Senyuman yang seoalah-olah ditujukan buat sahabatnya. Tanpa diketahui kalau memang ada satu wajah yang berada di ruang angkasa sedang membalas senyuman itu.
* * * * *
MALAM yang hening Putrisya sekali lagi menghadap komputernya. Cuba untuk merakam ilham. Lantaran fikiran yang entah ke mana, ilham yang diharap tidak muncul-muncul.
Dari tempat dia duduk, dia menoleh ke sisi. Kerusi kosong yang pernah diduduki Aisha satu ketika dahulu, dipandangnya sepi. Seakan terbayang wajah sendu Aisha, senyumannya, gurauannya. Juga seperti terdengar suara tawanya. Tanpa sedar Putrisya turut tersenyum.
Tiba-tiba senyuman bertukar menjadi hiba. Tersimpul persoalan yang sama. Pada hari itukah Aisha membuka dan membaca e-mel peribadinya? Mengambil nombor telefon bimbit Danial? Tetapi untuk tujuan apa?
Fikiran Putrisya melayang mengingati saat-saat akhir bersama sahabatnya...
* * * * *
IMBASAN 2004
DUA hari selepas Aisha menjalani pembedahan di kepalanya. Semua rambutnya terpaksa dibotakkan. Kini kepala itu terbalut rapi. Aisha sudah sedar walaupun masih dalam keadaan lemah. Putrisya yang kerap mengunjunginya tetap setia di sisi.
Aisha sudah tidak menangis lagi. Semangatnya kuat untuk hidup. Dia kini lebih banyak melemparkan senyuman. Semuanya ketara sebaik sahaja dia sedar dari pengsan kerana pembedahan. Melihat perubahan itu, Putrisya pula yang sedih. Sedih kerana terlalu gembira.
“Dah lah tu, Putri. Apa yang kau sedihkan lagi. Semuanya dah selesai. Cukuplah penderitaan ku selama ni. Aku akan kembali sihat. Kan, Putri?”
Bila mendengar tiada jawapan dari sahabatnya, Aisha menyentuh tangan Putrisya. Putrisya yang bagaikan baru tersedar, buru-buru mengiakan kata-kata Aisha. Bukan dia tidak mendengar, hanya kelu bila memikirkan tujuan kata-kata Aisha tadi.
“Dah lah tu... apa yang nak disedihkan sangat. Aku belum nak mati lagi...”
“Shh. .. bukan itu maksud aku, Sha. Aku menangis sebab aku gembira sangat. Dah lama aku ingin lihat kau bersemangat macam ni. Kau betul-betul kuat, Sha. Aku bangga dengan kau.”
Aisha tersenyum mendengar jawapan Putrisya. Dia menggesat airmata di pipi sahabatnya.
“Ya aku tahu. Kau bahgia kalau aku sihat macam dulu. Keadaan aku banyak membuat kau bersedih. Aku janji Putri. Bila aku dah keluar dari sini nanti, aku tak kan buat kau bersedih lagi. Peluang aku pula nak lihat kau bahgia. Aku janji...”
Tangan Putrisya digenggam erat. Putrisya turut membalas genggaman itu. Dua sahabat sama-sama menangis dalam gembira.
Siapa sangka kegembiraan yang dirasa hanya sekadar pengabur mata. Siang pada hari yang sama sesampainya Putrisya di rumah setelah seharian menemani Aisha di hospital, dia menerima panggilan telefon agar segera kembali ke hospital. Aisha tenat.
Di saat itu bagai tumpah segala iman di dada bila melihat penderitaan sahabatnya menanggung kesakitan. Tangannya diikat kerana Aisha ingin mencabut segala alat-alat yang dipasang dan juga pembalut di kepalanya. Setelah diberi suntikan penenang baru keadaan dapat dikawal. Tetapi denyutan nadinya begitu lemah.
Yang hairan Aisha masih mampu tersenyum bila terpandang wajah Putrisya. Kali ini senyuman berserta airmata.
“Bagaimana pun keadaan ku nanti, janji ku untuk membahgiakan kau... akan ku penuhi, Putri. Itu janji ku...” Aisha masih mampu bersuara lemah.
Tidak terjawap oleh Putrisya kerana terlalu sedih. Tangan Aisha yang digenggam tadi diciumnya. Dalam dia tertunduk menangis itulah dia rasa tangan yang dipegang semakin lemah. Apabila Putrisya memandang wajah Aisha, satu bunyi yang berpanjangan kedengaran dari mesin di sebelah katil Aisha.

p/s Harap pembaca terhibur dan berpuas hati sejauh ini. Tinggal lagi satu bab iaitu ending untuk novel ni. Sebenarnya Lily bercadang untuk sambungkan sedikit lagi jalan ceritanya sebelum sampai ke penghujung. Kerana pada Lily novel ni yg terpendek yg pernah Lily baca.. hehe. (mcm rasa2 akan dibukukan pula eh.. perasan)
Tapi terpulang pada pembaca. Lily harap dapat kalian tinggalkan komen di sini samaada mahu Lily sambungkan jalan ceritanya atau terus postkan bab terakhirnya? Lily menanti..
Salam Sayang
~Putri Lily~
~Putri Lily~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~