“Hai!” Bisik seseorang dekat dengan telinganya.
Serentak dengan itu ada satu tangan yang bagai sengaja melekat di atas meja betul-betul hampir dengan tangan Suhana. Suhana terkejut dan menoleh. Perlakuan tadi mengingatkannya pada satu kejadian lama dahulu. Tetapi segera dia mengikis memori itu sebaik sahaja mengenali suara yang menegurnya tadi. Lelaki itu menarik kerusi dan duduk di sebelah Suhana.
“Eh! Macammana tahu Su ada di sini?” Bisik Suhana dengan mesra. Matanya bercahaya memandang Imaan, tunangnya.
“Tahulah.. kalau dah call atau masej tak berjawap tu, kemana lagi Su pergi kalau tak ke library ni. Entah apa yang ada di sini pun tak tahulah” Jawap Imaan seakan merajuk.
“Ada apa pula.. Ada bukulah di sini.” Gurau Suhana sambil membelek telefon bimbitnya yang sengaja ditukarkan silent mood. Ternyata ada satu missed call dan satu massage received. Tetapi sebenarnya dia ingin melarikan matanya dari renungan Imaan. Takut jika Imaan dapat membaca fikirannya yang sebenar. Ada kenangan di perpustakaan ini yang kerap mengganggu fikirannya semenjak kebelakangan ini.
“Sorry Man. Su tak perasan Man call tadi,” Suhana kembali memandang tunangnya, “Ada apa cari Su sampai di sini?” Sambungnya.
“Saja je.. Kebetulan singgah makan kat kawasan ni. Tapi Man kejap je. Lepas ni nak balik office.” Imaan menerangkan. Matanya melirik jam di tangan.
“Hmm.. sempat nak spot check kita eh..” Gurau Suhana lagi. Imaan tersenyum manja.
“Tak bolehlah tak nampak Su dalam sehari. Suka tengok wajah Su malu-malu macam tu..” Imaan membalas usikan sambil mengenyitkan mata.
Suhana terpana. Entah kenapa semenjak mengenali Imaan sehinggalah sudah menjadi tunangannya, apa sahaja kata-kata dan gaya Imaan akan mengimbaskan kembali kenangan Suhana kepada seseorang. Tempat di mana bermulanya perkenalan mereka juga sama.
* * *
Sebaik sahaja Suhana selesai menghubungi seseorang, dia menandakan sesuatu di sebelah senarai nama-nama dalam buku catatannya. Sibuk sekali dia dalam seminggu dua ini. Menelefon kawan-kawan lamanya untuk memastikan alamat mereka yang bertetapan. Supaya mudah penghantaran kad-kad jemputannya kelak.
Matanya melirik pada nama-nama seterusnya dan terpaku memandang pada satu nama. Jejarinya membelai lima huruf yang membentuk satu nama terindah. Terindah dalam kenangannya..
Lapan tahun lalu...
Suasana yang tadinya tenang menjadi sedikit riuh sebaik sahaja pintu lif terbuka. Beberapa pelajar lelaki keluar dari dalam lif tersebut. Entah apa yang digelakkan semasa di dalam lif tadi sehingga berlanjutan. Menyedari mereka diperhatikan, segera gelak ketawa mereka reda.
Suhana yang duduk tidak berapa jauh dari lif tersebut juga menoleh. Konsentrasinya terganggu seketika. Sedetik kemudian dia mengalihkan pandangan semula. Cuba beri tumpuan pada buku yang sedang dibaca. Bukan kerana apa. Tidak mahu berbalas pandang dengan salah seorang dari pelajar lelaki tadi yang kebetulan memandang sama kearahnya. Takut jika pandangannya disalah erti. Sesetengah remaja zaman sekarang tidak suka ditenung-tenung.
Tetapi Suhana silap. Bukan itu maksud pandangan pelajar tadi. Dia yang pada awalnya turut menghabiskan sisa tawa bersama teman-temannya, tiba-tiba terkelu sebaik sahaja bertemu pandang dengan gadis itu. Ada sesuatu yang menarik tentang gadis itu pada pandangannya. Lebih teruja lagi apabila dilihatnya gadis itu menundukkan wajah. Malu barangkali.
Melintas di hadapan meja gadis itu, sengaja dia menyinggahkan tangannya melekat sekejap di meja itu betul-betul hampir dengan tangan si gadis. Cuba menarik perhatian. Suhana terkejut tetapi dapat mengawal perasaan. Pura-pura tidak menyedari.
Suhana mengeluh lega apabila tiada apa-apa terjadi. Mereka duduk lat dua meja dari meja Suhana. Ketika Suhana melirik, sengaja atau tidak pelajar yang memandangnya tadi duduk menghadap kearahnya, juga sedang memandangnya lagi sambil tersenyum.
Suhana tidak menghiraukan. Dia melirik jam tangan. Minat untuk sambung membaca sudah tidak ada. Dia mengemas buku-buku atas meja, mencapai beg dan bergerak menuju ke rak buku untuk menyimpan kembali buku yang diambil. Ketika sudah berada dalam lif entah kenapa teringin pula menoleh sekali lagi ke arah pelajar tadi sebelum pintu lif tertutup. Pelajar itu melambaikan tangan sebagai tanda selamat jalan. Suhana meninggalkan perpustakaan dengan hati yang kurang selesa.
Kebosanan setelah tamat sekolah menengah membuat Suhana kerap menghabiskan masa di perpustakaan. Dia memang kutu buku walaupun dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran. Sementara ini dia hanya bekerja separuh masa sebagai salesgirl.
Semenjak bertembung dengan sekumpulan pelajar lelaki hari itu, Suhana acapkali terserempak dengan mereka. Acapkali juga dia perasan pelajar yang seorang itu mencuri pandang ke arahnya. Sahaja Suhana buat tidak kisah. Satu hari..
Suhana sedang meneliti beberapa tajuk buku rujukan di tepi rak. Dia mencapai satu buku yang agak tebal. Sambil membelek buku itu helaian demi helaian, dia bergerak perlahan menuju ke meja kosong yang berhampiran. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
“Ops!”
Gedebuk! Buku tebal itu terlepas dari pegangan dan menimpa kaki seseorang. Bunyinya menarik perhatian beberapa pembaca lain.
“Maaf dik..” Suhana tidak jadi meneruskan bisikannya. Tercengang dia memandang wajah orang yang berkerut menahan kesakitan di hadapannya. Pelajar tempohari rupanya.
“Tak mengapa..” Bisik pelajar itu sambil membongkok mengurut seketika kakinya sebelum mengutip buku tadi. Diserahkannya pada Suhana yang sedang termangu.
Suhana menyambut buku itu sambil mengangguk sedikit kepalanya tanda terima kasih. Tidak ada suara yang terkeluar. Apabila berdekatan begitu, Suhana mengagak pelajar itu mungkin di tahun akhir sekolah menengah. Wajahnya masih keanakan. Tetapi tubuhnya tinggi dan tegap. Tidak bersesuaian dengan usianya.
Tanpa diduga mereka sama-sama mahu menuju ke arah meja yang sama. Ketika itu baru Suhana perasan pelajar itu datang sendirian tanpa kawan-kawannya yang lain. Memandangkan pelajar itu masih berjalan terhencot-hencot kerana kelalaiannya, Suhana merelakan mereka berkongsi meja. Lagi pula meja lain semuanya sudah dipenuhi.
Namun menyesal pula berkongsi meja. Dia betul-betul tidak dapat menghayati pembacaannya. Suhana sedar dirinya jadi tatapan pelajar di hadapannya. Entah apa yang tidak kena pada dirinya, dia pun tidak tahu. Apabila dia menoleh pelajar itu, mata pelajar itu buru-buru beraleh pada buku yang sedang dibaca pula.
“Dik, akak tahu akak berhutang. Kaki adik sakit kerana kecuaian akak. Apa kata akak belanja adik minum, kira hutang akak terbayar.” Akhirnya Suhana memberanikan diri berbisik begitu. Itu lebih baik padanya dari dirinya dipandang terus seperti orang bersalah.
Pelajar tadi terkejut mendengar cadangan Suhana. Wajahnya ikhlas mempamerkan perasaan serba salah.
“Eh! Saya tak menuntut hutang. Tapi.. kalau sudi nak belanja apa salahnya. Rezeki jangan ditolak, kan?” Balas pelajar itu sambil tersenyum.
Dalam keterpaksaan Suhana menunaikan cadangan bodohnya. Mereka keluar dari situ dan menuju ke kantin perpustakaan. Memilih tempat yang sesuai dan memesan minuman. Apabila waktu hendak buat pembayaran, pelajar tadi terlebih dahulu menghulurkan wangnya. Dia berkeras mahu membayar dan memaksa Suhana menyimpan kembali wangnya.
“Akak yang berhutang kan!?” Marah Suhana.
“Nama saya, Imrah Zainal. Panggil saya, Im saja.” Imrah menghulurkan tangan dengan selamba. Tanpa menghiraukan kemarahan gadis itu. Sebenarnya dia tidak gemar gadis itu ber’kakak’ ber’adik’ dengannya.
Suhana teragak-agak untuk menyambut salam itu. Dia masih terpana dengan sikap selamba anak muda itu. Walaupun Imrah lebih muda daripadanya, tetapi cara dan gayanya seperti orang yang sudah matang. Terlalu gentleman.
Sedar bahawa mungkin gadis itu malu untuk bersentuhan, Imrah menarik kembali tangannya.
“Nama saudari?” Tanya Imrah ramah.
“Suhana..” Ringkas sahaja Suhana menjawap.
“Panggil Su saja bolehkan? Lebih ringkas dan mesra,” sengaja Imrah menegaskan lagi gelaran yang perlu mereka gunakan untuk membahasakan diri. Kemudian dia menyambung kata, “Janganlah merasa bersalah lagi hanya kerana kecuaian tadi. Im tak berfikir Su berhutang.”
“Habis tu kenapa tenung-tenung saya masa di atas tadi?”
Imrah tertawa kecil. Dia mempelawa Suhana minum dahulu sebelum menjawap.
“Entah.. Cuma Im suka tengok Su malu-malu.” Jawapnya jujur.
Suhana semakin tidak keruan. Jawapan Imrah betul-betul membuat wajahnya semakin memerah.
Di situlah bermulanya perkenalan mereka. Sedar tidak sedar persahabatan mereka kian akrab. Imrah mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia berharap dapat mengikuti jejak abangnya yang sedang belajar di University of Maryland. Suhana banyak memberi tunjuk ajar jika ada perkara-perkara yang bersangkutan dengan mata pelajaran yang tidak difahami Imrah.
Suhana tidak pernah berkira. Padanya, Imrah sudah dianggap macam adik. Tetapi sukar benar Imrah mahu menerima kenyataan itu. Dia tidak suka umur menjadi ukuran dalam perhubungan mereka. Tetapi Suhana tidak pernah mahu memahaminya.
“Kenapa mesti ada batas umur dalam perhubungan kita?” Soal Imrah pada satu hari.
“Mana ada. Kalau usia jadi batasan tentu kita tak jadi kawan sampai hari ni.” Balas Suhana.
“So, jangan jadikan perbezaan usia kita sebagai dalang untuk perhubungan yang lain selain hubungan adik kakak.” Dengan tenang Imrah menerangkan.
Suhana tersenyum. “Dah hakikatnya Im tiga tahun lebih muda. Nak buat macammana?”
“Tapi Su dah kunci hubungan kita hanya setakat itu saja. Sedangkan Im..” Imrah tidak mampu meneruskan.
Renungan Suhana begitu tajam. Penuh dengan kehairanan. Imrah membalas renungan itu. Dia tahu Suhana perlukan kata-kata lanjut darinya. Renungan itulah yang membuat Imrah berani untuk berterus terang.
“Im sayangkan Su. Im cintakan Su..”
Renungan yang kehairanan bertukar menjadi renungan kemarahan. Namun Imrah semakin berani melawan renungan Suhana. Dan tiba-tiba Suhana semakin lelah untuk terus berbalas renungan. Dia mengeluh.
“Kita sama-sama masih muda, Im. Perjalanan kita masih jauh. Im sendiri perlu memikirkan pelajaran. Bukan cinta..” Ujar Suhana.
“Kerana itu Im mahu kita berkawan dulu. Tapi Su seakan mengunci awal-awal perhubungan kita setakat kakak adik dengan berlandaskan usia. Su yang buat Im terpaksa berterus terang sekarang.”
“Tapi Su belum mahu fikirkan tentang itu. Ini cinta monyet namanya, Im. Im belum cukup dewasa untuk menilaikan cinta sebenar atau cinta monyet.”
Imrah tersinggung dengan kata-kata Suhana, tetapi dia masih cuba bertenang.
“Apakah kerana Im lebih muda? Andai Im tiga tahun lebih dewasa dari Su, adakah jawapan Su sebaliknya?”
“Itu bukan alasannya. Soalnya Su belum mahu ada kaitan dengan apa-apa perasaan pun.”
“Atau mungkin Im akan kembali bertanya soalan yang sama dalam masa lapan atau sepuluh tahun lagi?” Imrah masih belum berputus asa.
“Stop it! Please Im. Jangan paksa Su untuk fikirkan jawapan tentang itu. Sekarang atau kemudian tiada bezanya. Satu hari nanti Im dapat bezakan cinta sebenar Im dengan rasa cinta Im yang sekarang. Kalau Im masih nak kaitkan soal perasaan dalam hubungan kita, kita berkawan setakat ini saja.” Tanpa sedar Suhana meletakkan jurang penyudahan.
Imrah memikirkan permintaan Suhana. Sanggupkah dia kehilangan Suhana hanya kerana mengawal rasa sayangnya yang semakin ketara pada gadis itu? Lalu sanggupkah pula dia berterusan berhadapan dengan gadis itu tanpa memikirkan soal perasaan? Bagaimana dapat dia bereaksi seperti biasa sekiranya Suhana tetap ber‘kakak’ ber‘adik’ dengannya?
Belum sempat Imrah memberi kata putus, Suhana sudah memberi jawapannya sendiri dengan menyepikan diri. Tidak lagi mahu bertemu, berbincang dan berkawan seperti biasa. Suhana sudah jarang ke perpustakaan seperti biasa. Akhirnya Imrah sedar keputusan sudah diambil tanpa perlu berbincang lagi.
Begitulah akhinya sebuah perkenalan. Namun tiada siapa yang tahu di hati masing-masing tidak pernah melupakan. Saat terakhir Suhana menerima berita Imrah berjaya melanjutkan pelajarannya ke tempat yang menjadi impiannya. Suhana turut bahagia mendengarnya. Namun kata-kata terakhir Imrah membuat dirinya dalam keadan serba salah.
“Im akan pastikan satu hari nanti Su akan menjadi ahli keluarga Im juga.”
* * *
Perasaan Suhana semakin jadi tidak menentu sebaik sahaja terdengar beberapa para saksi mengatakan ‘sah’ setelah selesai pengantin lelaki berakad nikah. Debaran kian kencang dirasakan ketika menanti kedatangan suaminya untuk membatalkan air sembahyang.
Sempat kenangan perkenalan mereka datang menjenguk di kotak fikiran. Imaan adalah lelaki yang pandai berjenaka. Kadang-kadang Suhana tidak dapat membezakan bila masanya Imaan berjenaka dan bila masanya Imaan bercerita serius. Yang pasti semua kata-kata Imaan begitu tenang dan bersahaja.
Imaan menceritakan, dia datang ke perpustakaan untuk mencari seseorang yang hadir dalam mimpinya. Orang itu ialah Suhana. Entah betul atau tidak, Suhana hanya mengiakan. Alasan lelaki untuk berkenalan sememangnya berbagai-bagai. Tetapi yang pastinya Suhana menyambut perkenalan itu dengan senang hati. Kerana sikap Imaan memang menyenangkan. Namun Imaan juga mengingatkan Suhana pada seseorang yang hampir dilupai.
Suhana terkejut apabila jejarinya dicapai oleh seseorang. Dia terkaku dan membiarkan sahaja suaminya menyarungkan cincin ke jari manisnya. Ah! Kenangan tidak mudah dihapuskan. Kini kenyataan di hadapannya. Imaan sudah menjadi suaminya.
Ketika majlis hampir usai, Imaan menarik tangan Suhana untuk bertemu dengan seseorang yang terlewat tiba. Pada mulanya Suhana tidak mengenali pasangan tersebut.
“Selamat pengantin baru, kak Su. Selamat menjadi ahli keluarga Im.”
Suhana terpana. Lapan tahun berlalu sudah merubahkan segala-galanya. Merubahkan setatus mereka, merubahkan perhubungan mereka, merubahkan keperibadiannya, merubahkan dia menjadi lelaki yang benar-benar matang.
Tidak pernah Suhana menduga Imaan adalah abang Imrah yang dikatakan sedang belajar di University of Maryland. Dia juga tidak perasan ketika Tuan Kadi menyebut, “Aku nikahkan dikau, Imaan Bin Zainal dengan..” Mereka berbin kan nama yang sama.
Imaan menyentuh tangan isterinya untuk menyedarkan Suhana pada kenyataan. Suhana memandang sekilas wajah suaminya dan kemudian berbalik kepada Imrah.
“Apa yang kak Su kata dulu tu, betul sekali. Dalam masa lapan tahun, kita sudah melangkah begitu jauh. Baru Im sedar selama ini Im hanya menyenangi kak Su dan di kejauhan itu Im dapat bezakan cinta sebenar,” Imrah menarik gadis di sebelahnya untuk rapat ke sisi sambil berkata, “Ini Sunita, gadis yang Im kenal semasa di universiti, cinta Im yang sebenar.”
Suhana menangis ketika menyambut salam Sunita. Dia terharu Imrah tidak pernah berdendam dengannya walaupun dahulu Suhana pernah memperlekehkan perasaan Imrah. Airmatanya tidak tertahan mendengar kata-kata Imrah seterusnya.
“Tapi sayang Im pada kak Su benar-benar ikhlas. Bukan macam sayang-sayang monyet. Tak tahu kenapa susah benar Im nak lepaskan kak Su. Sebab tu Im janji pada diri Im, kak Su tetap akan jadi keluarga Im walaupun bukan dengan Im. Kebetulan abang Man masih single..” Imrah mengenyitkan mata kanannya pada Imaan.
Dalam sedih Suhana masih mampu ketawa mengiringi tawa yang lainnya. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyum bahagia dari suaminya. Malu diusik adik sendiri. Tanpa perlu disoal lagi, Suhana mampu meneka strategi mereka.
Satu yang sering menjadi persoalan. Cinta tidak boleh dipaksa, namun kenangan tetap menjelma. Kenangan seindah nama. Apakah maknanya? Suhana tidak mahu membiarkan dirinya dengan persoalan baru itu. Dia bahagia dengan suami dan keluarganya.
T A M A T

Salam Sayang
~Putri Lily~
~Putri Lily~
alamak...bes nye cite ni putri...
BalasPadambes sgt...
adehhhh....
baik nye hati im tuh...
aish..
nape la sunita tu bukan watak "ain"
hehehehehe...
Alahai ain, maaflah ye.
BalasPadamBoleh tak perasan ain ada komen cerpen ni. Apapun terima kasih kerana membaca ye.. :)
~Putri Lily~