Jumaat, April 17, 2009

SIAPA AMIRA BAB 5

HAMPIR satu jam juga dia menghabiskan masa dengan clientnya. Pulang ke pejabat sekitar jam dua petang. Itu pun sempat juga dia singgah di Masjid Al-Falah untuk solat Zohor. Sampai di pejabat dia terus menyambung kerja hinggalah tiba waktu pulang.

Sewaktu dia sedang berkemas hendak pulang, kedengaran bunyi telefon bimbitnya menandakan ada pesanan yang masuk. Sambil sebelah tangannya sibuk membetulkan beg bimbitnya, sebelah tangan lagi ligat membuka kotak inbox.

Dia teringat pada mesej Amira tengahari tadi yang belum habis dibaca. Dia membuka mesej yang terdahulu.

Rec> Gd.. Pertanyaan yg bagus.
Kerana takut jadi maksiatlah I pilih cara ini utk kenal dgn u.
Sekurang2nya dpt elakkan tergoda dgn mendgr suara..
Dan elakkan pesona dgn bertemu mata.
Bukan ke itu nanti akan jadi maksiat?
Gf u pun tentu tambah sakit hati.
Tapi I tak takut bersms dgn u.
Slmt dari pendgran dan penglihatan.
Lagipun I yakin u org yg baik2.
Kalau tak takkan my frend puji u melambung2.


Sesudah itu dia membuka pula mesej terbaru. Dari Amira juga rupanya.

Rec> U tau, kwn I baru je balik tadi.
Rajin betul dia lawat I.
Kekadang I kesian kat dia.
Seorg yg baik mcm dia sering kecewa kerana cinta.
U kwn dia tentu u pun tau ttg dia kan?
I doakan moga dia jumpa org yg sesuai yg pandai jaga hati dia.
Sebab hati dia terlalu lembut dan mulia.
Dari riak wajah u, I pun tau u baik sgt.
Beruntung gf u dpt bf mcm u.
Jujur sampai susah nak sambut salam perkenalan dari I.
Tapikan.. kalau hanya jujur dan setia sebelah pihak je tak guna.
I doakan moga gf u setia dan tak mempermainkan u.


Amboi! Bukan main lagi nasihatnya. Itulah yang bermain di fikiran dia. Memek mukanya seakan tidak senang menerima nasihat Amira. Siapa Amira untuk beri dia peringatan sampai macam itu?

Ans> Gf I takkan mempermainkan I
Kerana I dah lama dgn dia
.
Dan I kenal hati budinya..

Itulah balasannya. Sengaja dia mereka cerita. Entah siapa gerangan yang jadi pasangan, dia pun tidak tahu. Hal itu membuat dia tersenyum sendiri. Kalau Amira ingin terus menipunya, dia juga akan melakukan perkara yang sama.

Sementara menunggu balasan, dia sambung mengemas atas meja.

Dia kini berada dalam lif untuk turun ke lobi, bila balasan Amira diterima.

Rec> Baguslah kalau mcm tu..
Alhamdulillah..
Moga u tak salah buat pilihan.


Kalau dia seorang diri dalam lif itu, mungkin dia sudah tergelak. Balasan Amira cukup menggelikan hatinya. Amira percaya ceritanya. Entah kenapa dia berasa seronok untuk terus mempermainkan Amira.

Ans> Kalau u btl2 seorg perempuan,
I nak dgr suara u..
U berani tak?


Dia memberi cabaran.

Rec> Hmm.. u masih sangka I berbohong?
Terus trg I kata I takda masa nak berbohong..
Tiap saat terlalu berharga utk org mcm I.
Lagi pun ada ke lelaki nak kenal dgn lelaki?
U sendiri seorg lelaki..
Apa u juga pernah nak kenal dgn sesama jenis
Sampai sanggup curi hp no dari email kwn,
mcm yg I buat ni?


Dia berkira-kira kebenaran kata-kata Amira. Masuk akal juga. Kerana kebuntuan, dia membalas mesej itu.

Ans> U tinggal mana?
How old r u?

Dia sudah pun berada dalam kereta sejak tadi. Enjinnya sahaja yang di on kan. Namun kereta belum mahu bergerak. Dia semakin seronok hendak mengusik Amira. Mesej balasan dibacanya.

Rec> Thanks kerana sudi juga u bersoal ttg I. :)
Pada hari pertama I msg u berapa hari lepas,
Itulah date my b’day..
I dah masuk 26 thn ni?
I tinggal kat Jurong.
U pula?

Dengan cepat dia membalas mesej Amira semula.

Ans> U guess how old am I?

Dan balasan Amira.

Rec> Kalau tgk dari pic u, em.. maybe oround 29-30?

Pandai pula Amira meneka. Tapi dia punya akal lain. Lalu jawapannya.

Ans> I tinggal kat Kembangan n Im 34th yr old..
Now I own a car..


Biar Amira tahu dia dah sudah tua untuk di kenali.

Rec> Oh! Ye ke?!
Tapi wajah u kat pic nampak muda dari usia.

Dia tahu jika terus dilayan dengan baik, Amira semakin menjadi. Entah dari mana datangnya idea jahat ini, dia sendiri tidak pasti. Yang dia mahu Amira akan membencinya dan berhenti dari menghantar mesej padanya.

Ans> Watever.. I skrg dgn my gf
Bz doin sometin..
So hope u jgn disturb us..

Tidak lama selepas itu, balasan diterima.

Rec> Ops! Kenapa tak ckp awal2 tadi?
Sorrylah mengganggu..
Ok lah kalau gitu.. enjoy both of u..
Cuma I nak igtkan..
Kalau dah mcm tu kan lebih baik ambil jln halal.
Umur u pun dah lebih.. baik nikah je..


Dia ketawa membaca mesej balasan itu. Dengan saki baki tawanya, dia membalas lagi.

Ans> Hahaha.. very funny..
U will nvr noe wat I capable wit..
Till my gf nvr ever forget me..

Haha..

Lama juga selepas itu dia menunggu. Balasan Amira belum juga ada. Amira mungkin tidak menyangka, dia yang difikirkan baik akan berani menghantar mesej sebegitu.
Baru sahaja dia berkira-kira untuk menggerakkan keretanya, telefon bimbit berbunyi. Kereta tidak jadi digerakkan.

Rec> Aik! Kata bz.. tapi masih sempat reply my msg?
Tak marah ke gf u?

Dia tersenyum sendirian. Masih menjawap rupanya Amira. Dia berfikir sesuatu perkataan yang lebih dasyat akan dihantarnya agar Amira serik.

Ans> Sms gunakan jari..
tapi I bz gunakan yg lain.. hahaha
Makin reply ur msg makin horny I with my gf..
Till
dia pun high sgt..
Hmm.. body u pun tentu seksi as my gf.. kan?

Bila butang send sudah ditekan, dia tersenyum puas. Lepas ini tentu Amira sudah sedar bahawa dia bukannya baik sangat untuk dijadikan teman sms.

Dia terus memandu pulang. Sangkaannya meleset. Belum pun jauh kereta bergerak, bunyi kemasukan mesej terdengar lagi. Dia teruskan memandu tanpa mempedulikannya. Mungkin di rumah nanti baru dia akan membacanya.

Sebaik sahaja kereta sudah diparking dan dikunci, dia berjalan menuju ke rumah sambil membaca mesej dari Amira.

Rec> Tak payahlah u nak buat I jealous.
I dah puas dgn semua tu.
Mungkin apa yg I alami skrg merupakan satu pembalasan
atas perbuatan I yg lalu.
U cuma buat I terigt kenangan bersama my bf je.
Dan tak payahlah u nak takut2kan I
dgn menceritakan perbuatan sumbang u tu.
I takkan percaya.
Sebab org yg pandai membezakan maruah seorg wanita,
takkan menceritakan sesuatu yg mengaibkan gf sendiri.
I dah letih skrg. I perlu rehat.
Moga ada hari esok..
Dpt I sms u lagi.
Apapun sifat dan perangai u,
Takkan jadi penghalang I dari terus merayu..
Harap u sudi terima I jadi kwn u.
Take care..


Berat keluhan yang keluar dari mulut dia.

“Hmm.. nak jadi jahat pun susah. Apa takda tokoh ke ku jadi jahat? Sampai orang tak percaya.”
* * * * *
p/s hehe.. Bila Lily baca balik apa yg Lily hasilkan ni, gelihati pula.. nakal betul si Dani ni eh.. haiz.. Oklah nanti Lily sambung lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~