MALAMNYA ketika Danial berura-ura mahu menghubungi Putrisya, telefon bimbitnya terlebih dahulu berdering. Ada nama Alaudin tertera di skrin kecil itu. Danial mengecilkan mata. Kehairanan.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam... Dani, you there?”
“Yap! What up?” Jawap Danial bersahaja. Cuba bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa.
“Dani, aku nak ucapkan terima kasih kerana bantuan kau siang tadi.” Ucap Alaudin lemah.
Dia tidak ada di pejabat sewaktu kejadian itu. Dia terperanjat apabila mendapat tahu isterinya datang menyerang Rahayu. Rahayu yang menceritakan semua itu kepadanya.
“Apa bantuan yang aku dah beri pada kau? Aku rasa aku cuma bantu Ayu saja tadi.” Balas Danial. Nadanya tidak begitu ramah. Danial sempat membayangkan wajah masam isteri Alaudin. Timbul rasa kasihannya pada wanita itu kerana dicurangi oleh suami sendiri.
“Tu aku tau... tapi sekurang-kurangnya dengan pengakuan kau macam tu depan isteri aku, dia dah mula keliru. Selama ni dia cuma dengar cakap-cakap orang tentang perhubungan aku dengan Ayu. Bila dia dapat tau kau adalah tunang Ayu, dia rasa bersalah kerana menuduh Ayu tanpa cukup bukti...”
“Din, wait... wait... wait...!” pintas Danial “Aku tak nak tau apa-apa pun pasal kalian. Aku tak nak bersubahat lagi. Sepatutnya tadi aku tak perlu buat apa-apa untuk lepaskan Ayu. Biar orang macam kau dan Ayu ni tau bahawa manusia ni ada hati dan perasaan. Bukan macam binatang! Sesenangnya kau berdua nak main perasaan orang. Kau patut tau, dan kalau boleh sampaikan pada Ayu, yang sebenarnya aku membantu tadi bukan untuk galakkan kau orang, tapi apa yang aku lakukan tadi kerana ingin membersihkan suasana pejabat kita dari dikotori oleh perkara remeh macam tu.” Danial meluahkan semua rasa kurang senangnya terhadap kelakuan rakan kerjanya selama ini.
Mendengar tiada balasan, Danial menyambung lagi.
“Aku bukan iri Ayu pilih kau dari aku, Din. Malah aku bersyukur terlepas dari sebarang ikatan dengan perempuan macam tu. Tapi... apa lagi yang kau pandang dari Ayu? Sedangkan kau sendiri tau macammana perangainya. Isteri kau tu... aku tengok tak kurang satu apa pun.”
“Ya aku tau, Dani. Tapi kita sama-sama lelaki. Apa yang kau pernah rasa bila berdepan dengan Ayu, begitu juga yang aku rasa... walaupun aku dah beristeri. Aku bukan malaikat, Dani. Kau belum beristeri. Jadi kau belum tau orang macam aku lah yang paling kuat dugaannya.”
“Aku memang tak berani beri jaminan. Tapi kalau aku rasa iman ku belum cukup kuat untuk berdepan dengan godaan macam tu, aku tak kan berani beristeri dulu. Dan kalau terjadi juga dalam sejarah hidup aku, berani juga aku menanggungnya. Bukan pengecut macam kau! Sebagai kawan aku cuma nak ingatkan kau. Terpulang kau nak ikut ke tak? Kalau dah terlanjur kau sukakan Ayu, kenapa nak sembunyikan lagi? Kalau mampu... ambil je dia jadi isteri yang sah. Tak taulah kalau Ayu tu setakat simpanan waktu kau terdesak aje. Kalau betullah... hmm berapa ramai lagi perasaan orang yang kau nak mainkan?”
Seperti satu kelegaan yang Danial rasakan setelah meluahkan segala yang terbuku di hatinya dengan perangai kawan kerjanya itu. Dia berharap Alaudin dapat menerima nasihatnya dan membuat satu keputusan yang betul-betul berani.
* * * * *
BARU masuk lima muka surat yang ditaip, Putrisya sudah kebuntuan idea. Padahal siang tadi meluah-luah idea yang datang tiba-tiba. Hanya sahaja dia tidak sempat nak save kan dalam bentuk lakaran ringkas. Semuanya hanya dibiarkan dalam ingatan.
Putrisya bersandar menghilangkan lenguh pada bahunya. Dia mencapai mug air dan meneguk sekadar membasahkan tekak. Di ketika itu telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.
Rec> Assalamua'laikum.. Putri.
Boleh Dani cal?
Mesej dari Danial rupanya. Putrisya menutup matanya untuk melepas keresahan. Kasihan pula bila Danial masih tetap cuba untuk menghubunginya semenjak selepas pertemuan mereka.
Belum sempat Putrisya berfikir apa untuk membalas mesej itu, nama Danial sudah tertera di skrin kecil telefonnya, menandakan Danial sudah pun menghubunginya. Kali ini hati Putrisya lembut sedikit dan mampu menjawap panggilan itu.
“Wa'alaikumsalam, Dani..” Menjawap salam yang belum sempat dijawapnya melalui mesej tadi.
“Alhamdulillah... akhirnya.” Keluhan lega dapat didengar dari seberang sana.
Putrisya juga mengeluh kerana sedar betapa dia telah berlaku tidak sepatutnya, meninggalkan Danial begitu sahaja di hari pertemuan. Kemudian membiarkan pula panggilan Danial tidak berjawap. Sebenarnya dia bukan ingin lari dari kebenaran. Tetapi dia keliru dengan kenyataan.
Setelah sama-sama berdiam, serentak pula mereka bersuara dengan saling memanggil nama masing-masing. Kedua-duanya ketawa dengan kebetulan itu.
“Okey ladies first.” Danial mengalah.
Putrisya tersenyum. Suara Danial begitu syahdu pada pendengarannya.
“Putri nak minta maaf sebab tinggalkan Dani macam tu saja. Dani tentu terkejut dan hairan, kan?”
“Hmm... tentu saja Dani hairan. Tapi Dani tau satu hari nanti tentu Putri akan terangkan, kenapa Putri macam tu.” Balas Danial. Tenang sahaja suaranya. Supaya Putrisya tidak terus simpan rasa bersalah.
Putrisya tidak menjawap. Kata-kata Danial seakan memberitahunya bahawa Danial masih lagi mengharap keterangan darinya tentang persoalan Amira.
“Dani masih nak tau pasal Amira?” Putrisya bertanya lemah.
“Siapa yang tak tertanya-tanya jika tiba-tiba dapat mesej dari wanita misteri macam tu, Putri? Datangnya tiba-tiba dan perginya... Berapa kali Dani try call, tapi linenya dah diputuskan. Pelikkan?”
“Kalau dah Dani tak suka dengan kemunculannya, kenapa kehilangannya ditanya pula?” Putrisya cuba menduga.
“Kalau takda kena mengena dengan sesiapa, Dani boleh lupakan saja. Tapi bila dia sendiri mengaku yang dia kawan Putri, salah ke Dani bertanya tentang dia pada Putri?” Danial menjawap sejujurnya.
Putrisya mengeluh perlahan. Tidak dapat memahami apa sebenarnya yang dia rasa saat itu. Kecewa atau cemburu?
“Jadi setelah kian lama menghilang, Dani call Putri semula, semata-mata untuk cari tahu siapa Amira saja?” Terluah sudah kemusykilan di hati. Tanpa Putrisya sendiri menyedari.
Lama Danial berdiam. Mungkin terpana dengan sindiran Putrisya. Kemudian dia menjawap lambat-lambat.
“Putri, sebelum kemunculan Amira, memang dah lama Dani cuba nak hubungi Putri. Tapi.. Dani sedar Dani terlalu ego. Kebetulan kata Amira, Dani boleh bertanya tentang dia pada Putri. Jadi...” Sengaja Danial membiarkan kata-katanya tergantung. Seakan percaya Putrisya tahu selanjutnya.
Teringat Putrisya akan salah satu mesej Amira pada Danial.
‘1 hari nanti bila u rasa rindu nak baca msg gila dari I,
u bertanyalah pada Putri.’
“Dani rindukan Amira ke?” Tanya Putrisya tiba-tiba.
Putrisya menanti jawapan penuh debaran. Kedengaran Danial menjawap dengan suara yang seakan berbisik.
“Dani lebih rindukan Putri... Rindu masa kita bersama dulu.”
Terasa darah panas menyerbu naik ke wajah Putrisya. Andai ada seseorang di hadapannya, sudah tentu dapat melihat wajahnya yang kemerah-merahan kerana malu. Tapi Putrisya cepat tersedar dari godaan.
Tahu apa yang sedang dirasakan Putrisya, Danial menyambung cakapnya lagi.
“Maaflah kalau Dani tersalah sangka. Tapi dari awal Dani dapat jangkakan ada persamaan antara Amira dan... Putri. Berterus teranglah Putri. Siapa sebenarnya Amira? Apa kaitannya kalian berdua? Atau Putri lebih suka kalau Dani menuduh bahawa sebenarnya Amira tu adalah Putri sendiri? Putri menyamar jadi Amira hanya kerana ingin berhubung semula dengan Dani?”
Kalau tadi wajahnya kemerahan menahan malu, tapi kini wajah Putrisya merah menahan marah. Dia tidak menyangka sejauh itu sangkaan Danial tentang dirinya. Namun Putrisya sedar itu hanyalah jangkaan Danial. Benar atau tidaknya hanya dia sahaja yang boleh memberi jawapan. Sebab itu dia masih mampu bersuara dengan tenang.
“Beginilah Dani... Putri sebenarnya tak mahu ambil tahu tentang Amira kerana memang Putri tak pernah ada kawan bernama Amira...”
Danial mengeluh berat. Persoalannya masih belum terjawap. Tetapi dia masih mendengar kata bicara Putrisya seterusnya.
“Dah pengirim mesej tu sendiri mengaku yang nama dia bukan Amira. Jadi bagaimana Putri nak mengenali siapa sebenarnya dia yang mengaku kawan Putri?”
Danial mula serius mendengar. Kenapa dia boleh lupa tentang itu. Salahnya sendiri tidak bertanya siapa nama sebenar wanita itu.
“Tapi bila Dani tuduh Putri yang menyamar kerana tujuan itu, berat sekali rasanya nak memikul...”
“Maafkan Dani sekali lagi... Dani hanya hairan kenapa dia boleh tahu tentang Putri jika Putri tak mengenalinya?” Danial semakin kebingungan.
Putrisya menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan dengan perlahan sebelum menjawap.
“Putri sendiri hairan... tapi dari cara-cara dia bercerita keadaan dirinya, tentang kawan yang dia maksudkan... tentang... arwah kekasihnya...” Putrisya terhenti di situ.
Danial menanti dan memasang telinga. Kerana dirasakan suara Putrisya semakin perlahan. Lama menanti tetapi Putrisya masih berdiam diri.
“Putri..,” panggil Danial. “Dari situ apakah Putri dapat mengenalinya? Kalau betul, bawalah Dani jumpa dengan dia. Sebab Dani nak pastikan betul ke dia wujud?”
Putrisya masih mendiamkan diri. Tidak punya daya untuk menjawap. Hatinya dipagut sayu. Apalagi mendengar permintaan Danial itu. Rasa hiba yang tidak dapat ditahan membuat sedunya sampai ke pendengaran Danial di hujung talian.
“Kenapa Putri mesti menangis? Hari tu pun Putri nangis bila habis baca mesej-mesej dia? Putri tau tak, cara Putri ni buat Dani semakin nak tau.” Pujukan dan desakan termasuk sekali dalam kata Danial.
Setelah beristighfar barulah Putrisya dapat mengawal diri.
“Betul Dani nak jumpa dengan dia?” Tanya Putrisya. Masih dengan sedu sedannya.
“Dani tak perlu susah payah bertanya macam ni, kalau bukan itu tujuan Dani.”
Putrisya mengesat airmatanya. Semakin dia cuba menghapuskan, semakin deras mengalir.
“Baiklah... kebetulan esok hari cuti... kita pergi jumpa dia ya?” Akhirnya Putrisya membuat keputusan.
Danial tersenyum kelegaan. Segala persoalan akan terjawap.

p/s Apa betul ke Putrisya mahu menjumpakan Danial dgn 'Amira'? Sabar menanti ya.. lain kali Lily sambung.
Salam Sayang
~Putri Lily~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~