Sabtu, April 25, 2009

SIAPA AMIRA 9

DIA sabar menanti di dalam keretanya. Memerhati setiap orang yang keluar dari bangunan itu.

Sudah difikir berkali-kali, mereka memang perlu berjumpa. Walau pada mulanya dia tidak mahu memaksa, tetapi persoalan memerlukan jawapan segera memaksa dia bertindak begitu. Apa lagi bila orang yang diharap dapat memberi penjelasan, seakan payah untuk membantu.

Dari kejauhan dia melihat seorang gadis keluar dengan tergesa-gesa dari pintu masuk bangunan.

Dia sebenarnya kurang pasti benarkah gadis itu yang ditunggunya. Sejauh ini mereka memang belum pernah bersua muka. Bukan dia tetapi gadis itu yang tidak mahu. Namun dari gaya dan bentuk badan juga dari raut wajah, semuanya sama seperti butir-butir yang pernah diberi.

Gadis itu dilihatnya sudah masuk ke dalam perut salah sebuah kereta yang ada di lot tempat meletak kereta di hadapan bangunan. Dia pasti kereta itu akan bergerak sebentar lagi. Dia terus menghidupkan enjin keretanya sendiri.

* * * * *

SEBAIK sahaja pintu lif terbuka, Putrisya berlari keluar bangunan menuju ke keretanya. Bukan mengejar masa. Tetapi dia takut akan terserempak dengan seseorang.

Dia teringat kata-kata Danial Imani ketika menghubunginya semalam.

“Esok kita jumpa nak?”

“Huh! Untuk apa?” Putrisya terkejut dengan permintaan Danial yang tiba-tiba.

“Dani nak tunjukkan kebenarannya. Putri boleh baca mesej-mesej Amira.”

“Atas tujuan apa Dani nak tunjukkan pada Putri? Itu hak Dani.. tak kan Putri nak baca.”

“Dani nak Putri percaya yang Amira tu kenal dengan Putri.” Terang Danial bersungguh-sungguh.

Putrisya mengeluh mengenangkan sikap keras hati Danial.

“Dalam dunia ni, Dani... orang menipu dengan macam-macam cara.”

“Tu Dani tahu. Dan juga ada bermacam-macam cara untuk buktikan kebenaran kan? So.. jangan ada alasan lagi. Orang yang mengelak untuk buktikan kebenaran, bermakna benarlah orang tu bersalah.”

Sengaja Danial menekan kan kata-katanya. Entah kenapa setelah beberapa kali Putrisya gagal membuktikan bahawa Amira bukan kenalannya, Danial semakin percaya pada firasat yang dibuatnya sendiri. Putrisya mungkin orang yang bertanggung jawap atas penyamaran Amira.

“Menuduh tanpa usul periksa.. tak baik..”

Okey fine!” Danial memotong. “Kita tunggu esok. Putri boleh tengok sendiri sama ada ini tuduhan atau bukan.”

* * * * *

PUTRISYA terkejut apabila tangannya terpicit hon keretanya sendiri. Terasa lama benar dia terhayal mengingati perbualan semalam. Apakah Danial benar-benar atau sekadar mengugutnya?

Bukan dia takut untuk mencari kebenaran seperti yang Danial inginkan. Tetapi dia belum bersedia dengan pertemuan ini. Sedangkan semasa mereka menjadi pasangan kekasih dahulu pun, hal inilah yang menjadi penyebab hubungan mereka terputus. Inikan pula mahu bertemu atas masaalah yang dia sendiri kurang pasti kebenarannya.

Yang membuat Putrisya terfikir, apakah Danial menghubunginya kembali kerana benar-benar ingin memperbaiki hubungan mereka? Ataukah hanya kerana ingin mengetahui perihal Amira? Memikirkan itulah Putrisya semakin mengelak untuk memenuhi permintaan Danial mahu bertemu.

Putrisya tidak mahu berlengah lagi. Enjin kereta dihidupkan. Setelah pasti tiada halangan di hadapan, keretanya digerakkan untuk maju sedikit. Tiba-tiba..

“Masya-Allah..!! Jeritnya.

Putrisya menekan pedal brek dan kereta terhenti mengejut. Entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul kereta berwarna biru gelap menghalang perjalanannya. Putrisya hampir-hampir melanggar kereta biru itu.

Putrisya keluar dari keretanya untuk memastikan keretanya tidak bersentuhan dengan kereta biru itu. Dia mencuri-curi pandang menerusi cermin kereta tadi, tetapi warna cermin yang agak gelap menghalangnya pemandangannya.

Setelah berpuas hati dengan kedudukan kedua kereta, barulah dia mengeluh kelegaan. Namun seketika sahaja. Di ketika yang lain nafasnya hampir sesak apabila tuan punya kereta biru itu sudah pun keluar dari keretanya.

Seorang pemuda setinggi 1.65mm dengan pakaian pejabat dan memakai kacamata hitam, sedang bersandar di keretanya sambil merenung tepat ke mata Putrisya. Lama pandangan mereka bertaut.

Perasaan Putrisya bercelaru antara gugup dan terpesona. Pemuda di hadapannya seperti pernah dilihat. Dia terpaksa terima kenyataan bahawa lelaki di hadapannya kini bukan lagi yang hanya dipandang menerusi skrin komputer.

Seperti tidak puas memandang gadis itu, pemuda tadi menanggalkan kacamata hitamnya. Dia seakan tidak percaya gadis di hadapannya lebih cantik dari yang dilihat menerusi gambar yang dikirim oleh gadis itu menerusi e-mel.

Pandangan Danial membuat Putrisya semakin gelisah.

“Err... kereta tak apa-apa...” Itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Putrisya.

Danial tersenyum. Cuma sedikit tapi mampu membuat hati Putrisya berdebar-debar.

“Oleh kerana kereta Dani dah kat luar. Baik gunakan kereta Dani. Putri park saja kereta Putri.” Danial mengarah.

“Tak boleh! Putri perlu kan kereta ni untuk pergi kerja esok pagi.” Putrisya membantah.

Danial termenung memikir.

“Kalau gitu park kan di sini dulu. Nanti balik Dani hantar Putri kat sini untuk ambil kereta ni.”

Putrisya membuang pandangannya ke lain. Masih tidak bersetuju. Dia sebenarnya mengelak untuk berdua di dalam kereta bersama Danial.

“Kemana tujuan Dani sebenarnya? Tak boleh ke Putri ikut aje dari belakang? Jadi kita tak payah berulang alik.” Cadang Putrisya.

Nope!.. kalau tadi aje Putri cuba nak lari, mustahil takda percubaan untuk kedua kalikan?” Sinis sekali sindiran Danial.

Putrisya tertunduk. Malu apabila Danial dapat membaca fikirannya. Akhirnya dia pasrah dengan nasibnya. Tidak mampu mengelak lagi dengan pertemuan ini.

* * * * *
p/s Dah pun jumpa.. hmm.. tapi dapat ke Danial huraikan soalan yg belum terjawap? Insya-Allah nanti2 Lily sambung lagi k.. teruskan membaca.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~