Sabtu, April 04, 2009

SIAPA AMIRA PROLOG


FEB 2002

“BETUL ke Papa nak ikut mereka malam ni?”

Ruyudy yang ingin menghirup air nescafe, memandang sekilas pada wajah yang bersuara tadi. Keningnya terangkat sedikit mendengar pertanyaan itu.

“Betullah.. tak kan Papa nak cancel kan pulak.”

Terdengar keluhan gadis itu.

Ruyudy merapatkan sedikit kedudukannya di sebelah gadis itu dan melingkarkan sebelah tangannya pada belakang kerusi yang diduduki si gadis.

“Kenapa ni Ma...? Selalu tak macam ni.”

“Entahlah...”

“Sudahlah... don’t worry okey.. ni pun bukan pertama kali. Mama pun tak kan tak kenal, Papakan hero dalam gelanggang ni.” Usik Ruyudi menyedapkan hati gadisnya.

“Tapi Mama rasa macam tak sedap hati saja kali ni.” Ujar gadis itu, membantutkan niat Ruyudy untuk tidak bercakap tentang perkara itu lagi.

“Mama sayang... Papa akan hidup terus demi Mama. Tapi kalau Papa mati pun, Mama kan dah janji nak mati bersama...” Usik Ruyudy lagi.

“Pa...!!”

Ruyudy terjerit kecil apabila tangannya dicubit. Senyuman melekat di bibirnya.

“Hidup mati bukan boleh dibuat gurauan tau...!!” Marah gadis itu.

“Okey sorrylah dear.. tapi Mama jangan risaukan sangatlah.. It’s will be okey.”

* * * * *


JAM sudah menunjukkan ke pukul sembilan lima-puluh minit malam. Warung kecil di tepi jalan itu sudah dipenuhi dengan budak-budak lepak. Mereka seakan tahu akan adanya perlumbaan lagi pada malam itu. Sudah tersedia beberapa biji motosikal yang tersusun cantik di satu sudut. Deruman bunyi motosikal begitu membingitkan. Seperti mahu buat perbandingan bunyi yang manakah lebih nyaring.

Ruyudy sedang membelek rantai motosikal kesayangannya dengan diperhatikan oleh gadis yang sudah dua tahun menjadi kekasihnya.

“Yudy! Dah siap?” Jerit seorang teman Ruyudy yang sedang menghampiri mereka.

“Beres Bob.” Balas Ruyudy bersahaja.

Orait... best.” Pemuda yang dipanggil Bob tadi menayangkan ibu jari kanannya. Sempat dia menjeling gadis yang berdiri di sebelah Ruyudy. Melihat wajah gusar gadis itu, Bob menyeringai.

“Relek ah Sha..! Tak kan kecut.”

Shut-up lah Bob!” Tegas suara gadis itu.

Bob bertambah-tambah tawanya. Ruyudy hanya tersenyum sambil berdiri di sisi motosikal. Dia memeluk bahu gadisnya sebagai tanda memujuk.

“Kau pasti ke malam ni clear?” Ruyudy bertanya ragu.

“Jangan takut... confirm clear punya..,” balas Bob sambil melirik jam tangannya, “Dah pukul sepuluh ni, kita on sekarang?” Sambungnya lagi.

Ruyudy hanya mengangguk. Dia menoleh gadis di sisinya apabila terasa tangannya dicengkam.

“Papa...” Rengek gadis itu.

“Ya ala... macam bunga betullah...” Usik Bob lagi sambil bergerak menuju ke motosikalnya yang diparking bersebelahan dengan motosikal Ruyudy.

Gadis tadi tidak menghiraukan usikan itu. Dia masih memandang Ruyudy.

“Okey... siap semua!” Terdengar jeritan Chong mereka di kejauhan.

Ruyudy mencapai helmet. Tetapi tangan yang sebelah lagi masih dicengkam oleh gadisnya. Mata mereka bertaut lama.

“Oi! Kalau tak boleh berenggang, bawak sudah...!” Jerit Bob mengusik.

Terasa panas muka gadis tadi bila disindir. Entah kenapa kali ini dia tidak dapat terima kata-kata Bob itu sebagai gurauan. Tidak seperti selalu.

“Eh! Kau jangan cabar eh..!” Laung gadis itu.

“Mama...” Ruyudy memujuk.

“Kau ingat aku takut ke apa!?” Teriak gadis itu lagi sambil memandang geram pada Bob.

“Dah lah tu, Ma... Mama tunggu ya.” Ruyudy bersuara sambil mengalihkan wajah gadis itu supaya menghadapnya.

“Mama nak ikut...” Kata gadis itu dengan pantas.

“Jangan..! Bahaya...” Jelas Ruyudy terkejut.

“Walau apa pun kita bersama Pa...” Rayu gadis itu.

“Okey kali ni semua bawak pilion dulu... lepas tu baru jalan single.” Tiba-tiba Chong mereka bersuara.

“Tapi Chong...”

“Ala Yudy... macam tak biasa aje...” Bob memintas cakap Ruyudy. Sambil itu dia melambai seorang gadis yang sedang memerhatikan mereka. Gadis itu segera menghampirinya setelah mencapai sebiji helmet di meja berdekatan.

Melihatkan itu, gadis yang di sebelah Ruyudy pun turut menyarungkan helmet. Dalam keterpaksaan Ruyudy menurut sahaja. Dia membetulkan ikatan tali pada helmet gadisnya.

I love you...” Bisiknya sebelum dia menghidupkan enjin motosikalnya.

Kehenginan malam itu telah dicemari dengan deruman bunyi motosikal-motosikal yang sebanyak lima-belas buah kesemuanya. Mereka membuat dua pusingan. Bermula dan berakhir di hadapan warung itu juga.

Bila tamat pusingan kedua, hanya empat-belas buah motosikal sahaja yang kembali. Mereka yang lain menanti dan terus menanti kemunculan sebuah lagi motosikal. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menyungsung kawan mereka.


* * * * *


p/s Apakah perasaan teman pembaca ya sebaik saja selesai membaca prolog cerita Siapa Amira ini? Insya-Allah senang nanti Lily sambungkan lagi. Selamat membaca dan semoga terhibur.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~