Khamis, Jun 25, 2009

SIAPA AMIRA 15

TAHUN 2008

Putrisya baru sahaja habis mengemas mejanya. Bersedia untuk pulang setelah sembilan jam berada di ofis. Ketika itulah ada bunyi pesanan masuk di telefon bimbitnya.

Rec> Assalamualaikum Putri, dah siap nak balik belum?
Putrisya tersenyum membaca mesej dari Danial. ‘Macam dia nampak saja,’ hatinya berkata. Dia hanya membalas secara ringkas mesej tersebut tanda mengiakan. Kemudian mencapai tas tangan serta fail kuning dan berlalu meninggalkan bilik ofis.

Hubungan mereka semakin rapat sejak

 terhurainya masalah ‘Amira’. Putrisya kini sudah dapat menerima pelawaan demi pelawaan Danial untuk pertemuan seterusnya. Dia bukan lagi seperti Putrisya yang dahulu yang mahunya perkenalan menerusi siber hanya kekal di siber sahaja. Tentu ada sebabnya mengapa Putrisya berpendirian begitu. Namun hanya dia sahaja yang tahu.

Apabila memikir kembali pendiriannya yang begitu, dialah punca Danial berjauh hati sedikit masa dahulu. Setelah pertemuan demi pertemuan mereka kini, Putrisya sedar bukan semua perkenalan di siber itu berbahaya.

Sampai di tempat dia memarkir keretanya, Putrisya terkejut mendapati seseorang sedang bersandar pada bonet keretanya. Cepat dia tersenyum sebaik sahaja mengenali jejaka itu. Dia menekan punat pada alat kunci keretanya.

“Kenapa tak beritahu yang Dani ada dekat bawah?” tanya Putrisya sambil membuka pintu kereta dan memasukkan tas tangan serta fail tadi di atas tempat duduk bersebelahan tempat duduk pemandu.

“Dah Putri yang balas mesej tadi kata dah nak balik, jadi Dani tunggu di sini sajalah.”

Danial memerhatikan perlakuan Putrisya menghidupkan enjen kereta. Apabila gadis itu berbalik memandangnya setelah menutup kembali pintu kereta, Danial menyambung kata.

“Kita pergi minum dulu yok?”

Terangkat kening Putrisya mendengar pelawaan itu. Wajah Danial yang mengharap persetujuan diperhatikan. Danial menganggukkan tanda bersungguh-sungguh dengan pelawaannya.

Putrisya menyelak lengan bajunya untuk melihat waktu pada jam tangannya, kemudian pandangannya beraleh pada fail kuning di dalam kereta. Danial juga turut melirik ke arah yang sama. Dia segera membuat penilaian.

“Putri nak singgah ke lain ke?”

Putrisya segera mengiakan. “Putri sebenarnya ada janji dengan kawan...”

Belum sempat Putrisya menghabiskan kata-katanya, Danial sudah mengangkat kedua bahunya serta membuang pandangan ke lain. “It’s okey.. lain kali.” Namun dalam hatinya berbisik. ‘Ni lah akibat tak beritahu awal-awal. Kan dah kena balik sendiri. Padan muka aku.’

Danial melambaikan tangan tanda mahu berlalu. Tetapi menoleh kembali apabila namanya di panggil. Putrisya juga menoleh sama ke arah datangnya suara itu.

“Hei! Danial.. You buat apa kat sini?” Seorang wanita bersahaja mendekati Danial lalu memaut lengan Danial.

Danial melepaskan keluhan sambil menarik kembali tangannya. Matanya cepat menoleh Putrisya yang kebetulan sedang memandangnya. Tetapi gadis itu cepat pula menundukkan wajah.

You pula buat apa kat sini?” Matanya mengecil memandang Rahayu. Tidak menyangka akan bertemu rakan kerjanya di situ.

I kan jumpa client tadi. Ni baru habis ni. You hantarkan I balik Dani.. please,” rengek Rahayu manja. Tidak pernah kenal erti serik dalam diri wanita itu.

“Eh! Tahu pergi sendiri, tahulah balik sendiri. I tak bawa kereta.”

Putrisya yang sudah mahu membuka pintu kereta terkejut mendengar balasan Danial. Betulkah Danial ni?

“Mana kereta you?” tanya Rahayu.

“Kat workshop. Lagipun I ke sini sebab dah janji dengan girlfriend I. Sorry eh.” Danial sengaja menghampiri Putrisya. Ketika itu Danial mengharapkan ikhsan Putrisya untuk memahami situasinya.

Kedua-dua wanita itu saling berpandangan. Sama-sama terkejut dengan tindakan Danial. Rahayu lebih-lebih lagi sebab baru menyedari Danial tidak sendirian. Dia mengamati wajah wanita di sisi Danial. Anggun dalam tudungnya. Tidak semena-mena terbit perasaan cemburu.

Putrisya yang memahami isyarat mata Danial terpaksa menurut apabila Danial mengarahnya duduk di sebelah pemandu. Ketika melintasi Rahayu, Putrisya dapat melihat ketidakpuasan di wajah itu.

Danial membunyikan hon apabila Rahayu tidak berganjak dari berdiri di hadapan kereta. Terpaksa Rahayu ketepi memberi laluan dengan wajah masam.

“Betul ke kereta Dani kat workshop?” tanya Putrisya sebaik sahaja kereta sudah berada di jalanraya utama.

“Betullah.. Tak kan Dani nak tipu pula.”

“Habis tu tadi Dani datang dengan apa?”

“Dari ofis tadi tumpang kawan. Dani yang minta dia hantarkan ke pejabat Putri sebab memang ingat nak keluar dengan Putri tadi.”

Putrisya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kalaulah tidak kerana insiden tadi, tentu dia tidak tahu kalau Danial terpaksa pulang sendiri dengan menaiki kemudahan lain. Padahal Danial sudah susah payah datang untuk bertemu dengannya.

Tiba-tiba telefon bimbit Putrisya berbunyi. Melihat nama yang tertera, Putrisya lantas teringat pada janjinya.

“Assalamu’alaikum... ye Encik Hafiz... Itulah Sya ada masalah sikit ni..”

Danial menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tetapi telinganya menangkap perbualan Putrisya bersama teman di talian. Mesra betul kedengarannya suara Putrisya ketika menyebut nama teman perbualannya itu. ‘Apakah sebenarnya perasaan ini?’ soalnya dalam hati.

Sesekali dia melirik gadis di sebelahnya. Terpandang fail kuning yang ada di ribaan Putrisya, jantungnya berdegup kencang. Bukan kerana failnya tetapi kerana empat perkataan yang tercatat sebagai tanda nama fail tersebut.

“Sya minta maaf ye Encik Hafiz kerana teraksa membatalkan perjanjian ni.. Nanti-nanti Sya buat appointment lagi... Baiklah... Terima kasih Encik Hafiz... Wa’alaikumsalam.” Putrisya menamatkan perbualan.

Danial yang mendengar tiba-tiba teringat sesuatu.

“Eh ye tak ye! Kan Putri kata ada janji dengan kawan tadi?” Menyesal sungguh dia kerana terlupa. Menyesal atau menyindir?

Putrisya tersenyum melihat gelagat Danial. Tanpa sedikit pun berprasangka lain.

“Tak mengapa. Halnya tak lah berapa penting tapi bila dah berjanji, perjanjian itu yang jadi penting untuk ditepati. Tapi dah diterangkan, kawan Putri faham.”

“Maafkan Dani sebab merosakkan rancangan Putri. Terima kasih juga sebab selamatkan Dani dari keadaan tadi.” Danial sengaja mengungkit kejadian tadi untuk melihat reaksi Putrisya.

Putrisya hanya tersenyum. Langsung tidak bertanya tentang kemunculan Rahayu sebentar tadi. Padanya itu adalah hal peribadi Danial yang dia tidak perlu ambil tahu. Secara tidak langsung senyumannya itu malah menghiris hati Danial. Hanya Danial yang tahu mengapa.

* * * * *

Bunyi kaca berderai mengejutkan Maya. Buru-buru dia berlari ke ruang tamu dan berdiri di hadapan pintu bilik Rahayu. Pintu diketuk bertalu-talu.

“Ayu! Ayu.. kau okey ke tak? Apa yang jatuh tu?”

Tiada jawapan dari dalam. Maya cuba memulas tombol pintu tetapi ianya berkunci. Dia mengetuk lagi.

“Ayu bukalah pintu ni. Kau sakit ke? Janganlah buat aku risau macam ni.”

Rahayu yang sedang bingit bertambah berang dengan ketukan yang tidak berhenti. Dia terus berteriak.

“Tak usah ambik tahu hal akulah! Biarkan aku sendiri.”

Maya terkejut mendengar arahan teman serumahnya. Dengan penuh kehairanan dia berpaling ke tempat asalnya tadi.

Rahayu menghempaskan tubuhnya ke katil. Sakit betul hati dia bila mengingat kembali pertemuannya dengan Danial bersama gadis lain. Sejak kejadian dia diserang isteri Alaudin di pejabat, hubungan dia dengan Alaudin juga sudah semakin renggang. Tidak tahu siapa yang mula merenggangkan. Tetapi yang pasti, Rahayu tidak begitu kisah dengan kerenggangan itu kerana sebenarnya dia mendampingi Alaudin hanya untuk menyakitkan hati Danial. Dia mahu Danial rasa sebagaimana yang dia rasa bila dirinya tidak dihiraukan sedikit masa dahulu.

Ketika itu Danial sedang taksub bercinta dengan wanita yang penuh misteri. Rahayu tidak berpuas hati, Danial lebih memilih kekasih misterinya dari dirinya yang betul-betul wujud di hadapan mata. Tetapi apabila dia berjaya menakluki cinta Danial, dia berjaya juga untuk balas menyakitkan hati Danial. Dia ingin sangat melihat Danial sujud di kakinya dan merayu untuk kembali. Tetapi Rahayu silap. Apa yang dijangkakan tidak terlaksana. Lebih silap lagi apabila Danial enggan menerimanya kembali setelah dia memutuskan hubungan sulitnya bersama Alaudin, selain rakan kerja.

“Arrggh..!” Rahayu menjerit geram.

Dia menarik kain cadar yang membaluti katil dengan kasar dan mencampakkan bantal ke lantai. Nafasnya turun naik akibat amarah yang teramat sangat. Sejurus lepas itu dia bergerak ke meja berhias. Bayangan di cermin ditiliknya.

“Apa yang kurangnya diriku ini sampai langsung tidak dipandang Danial?”

Tiba-tiba bayangan dirinya bertukar kepada bayangan wanita yang dilihatnya bersama Danial. Wajah yang cukup anggun dengan makeup yang sederhana. Atau barangkali tidak bermakeup, ianya kecantikan semula jadi. Hanya tercalit pewarna bibir merah samar. Manis dengan gaya scarf yang terkini. Bayangan itu tersenyum pada Rahayu.

Rahayu rasa begitu tercabar dengan senyuman itu lalu mencapai botol pewangi jenama Hugo Boss Intense di hadapannya. Ingin dihantukkan ke cermin itu. Tetapi gerakannya terhenti ketika bayangan itu bertukar kepada wajahnya sendiri. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya kembali. Mengurut perlahan dadanya sendiri. ‘Aku mesti lakukan sesuatu,’ hatinya berbisik.

* * * * * *
p/s Lily kembali dgn sambungan cerita ini. Harap pembaca terhibur. Selamat membaca.
Salam Sayang
~Putri Lily~

7 ulasan:

  1. Lia dah cuba...

    Tak boleh pulak copy

    elok je..

    hmm

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kalau mcm tu..
    lega sikit..

    Terima kasih lia.. :)

    ~Putri Lily~

    BalasPadam
  3. Salam lily...

    Hari nie baru berjumpa blog lily...

    firstly, tahniah, coz penulisan lily Perginya bersama cinta akan diterbitkan... sebuah cerita yang menyentuh perasaan.... Rupanya penulisannya sewaktu lily masih diawal remaja...

    Hope Siapa amira pun berjaya memikat hati penerbit.... coz akak rasa jalan ceritanya agak menarik... teruskan usaha n perkembangkan lg bakat lily...

    Regards
    Atikah
    pst... akak pernah tanya status lily dalam penulisan 2u suatu ketika dulu... ttg lily n putri lily...

    BalasPadam
  4. Salam kembali Atikah,

    Ye lily igt lagi. Time tu cuma letak pengenalan nama Ati je kan. Dari mana tau add blog lily ye? :)

    Terima kasih kerana menjenguk, membaca dan tinggalkan komen semangat di sini. Insya-Allah kejayaan lily atas doa semua juga. Sgt2 menghargai.

    ~Putri Lily~

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salam lily...

    Akak pun dah ingat2 lupa dari link blog siapa... Tapi kalau tk silap dr blog lia zatia....

    Atikah

    BalasPadam
  7. Salam kembali kak Ati,

    Oh ok.. kira rezekilah.. rounding2 blog kemudian terjumpa. Terima kasih sekali lagi. :)

    Oh ye? Akak takde blog ke?

    ~Putri Lily~

    BalasPadam

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~