SELEPAS menunaikan solat Isyak, Putrisya memanjatkan doa yang panjang. Tidak lupa menyedekah fateha buat sahabatnya. Setiap kali teringatkan Aisha, hatinya dipagut pilu. Entah kenapa semenjak dia kembali berkawan dengan Danial, Putrisya dapat rasakan ingatannya semakin dekat dengan Aisha.
Telefon bimbit Putrisya berbunyi nyaring. Putrisya menjeling jam di dinding bilik. Danial menepati janji untuk menelefon tepat pada waktu. Putrisya menjawap dan menyuruh Danial menunggunya sebentar, sementara
dia membuka telekong dan menyidainya lebih dahulu.
“Putri dah tidur ye?” tanya Danial ketika Putrisya sudah di talian.
“Mana boleh tidur, kan dah janji kita nak berbual,” balas Putrisya.
“Hmm.. tengah tunggu Dani call lah ni?”
Putrisya tidak menjawap tetapi dari hembuasan nafas yang kedengaran Danial tahu Putrisya sedang tersenyum.
“Dani nak minta maaf sebab keluar makan malam kita tadi tak begitu sempurna.” Lemah sekali suara Danial bila mengungkit kisah itu.
“Bukan salah Dani pun... Janganlah rasa bersalah. Sebenarnya... kawan Dani tu... Putri jumpa dia siang tadi.”
Danial teruja dengan pengakuan Putrisya. Peluang baginya untuk bertanya tentang lelaki itu. “Putri ke mana?”
“Kan Putri dah bilang nak jumpa kawan. Ada urusan sikit. Tak sangka terserempak satu restoran dengan kawan Dani tu.”
Urusan? Danial teringat fail kuning yang dilihatnya sudah bertukar tangan. Apa agaknya isi fail tersebut? Jika hanya setakat fail sahaja Danial tidak kisah, mengingatkan tanda nama pada fail itu, membuat Danial tertanya-tanya. Namun untuk meminta Putrisya menjelaskan, dia agak keberatan. Takut terlalu menceroboh hal yang mungkin peribadi.
“Kawan lelaki ke?” Danial terus menduga.
“Ya saya...”
“Erm... betul ke yang Putri jumpa tu cuma kawan saja?”
Jawapan yang sama juga Danial terima. Selepas itu suasana sepi seketika.
“Ada apa-apa lagi yang Dani nak tahu?” Sama ada soalan itu berunsur sindiran atau jujur, Danial tidak ambil hati. Malah dia rasa lapang dada.
“Ada... Kenapa Putri tak pernah tanya siapa Rahayu tu pada Dani?”
Sepi lagi. Danial menanti jawapan sedangkan Putrisya terkelu. Kurang mengerti maksud Danial bertanya begitu.
“Putri...” Danial memanggil dengan lembut apabila Putrisya terus membisu. “Dani teringin nak dengar Putri bertanya sesuatu tentang Rahayu. Apapun yang Putri kurang jelas tentang dia, akan Dani jawap.”
“Apa perlu Putri tanya jika ianya tak ada kena mengena dengan Putri?”
“Siapa kata tak ada kena mengena? Yang dia datang mengganggu kita tadi tu apa? Sindirannya, kata-katanya dan kelakuannya, tak kah Putri teringin bertanya kenapa dia macam tu?”
“Pada Putri itu semua itu dah ada jawapannya. Buat apa Putri nak tanya lagi. Bila tanya siapa dia, tentu jawapannya dia kawan Dani. Bila tanya kenapa dia macam tu, tentu jawapannya sebab dia cemburu...”
“Dah tu Putri tak nak tanya kenapa dia harus cemburu?” potong Danial.
“Mungkin sebab dia minat kat Dani. Terpulang pada Dani untuk menjelaskannya,” jawap Putrisya bersahaja.
“Nampak sangat tak concern..”
Balasan ringkas Danial mengundang tawa Putrisya. Hati Danial semakin pedih mendengar tawa itu. Apakah Putrisya masih tidak dapat menebak hatinya? Atau Putrisya sengaja menderanya?
Danial kurang mengerti dengan sikapnya sendiri, setelah hampir setahun dia berhubungan kembali dengan Putrisya, mengapa kali ini agak payah untuk dia luahkan hasrat hatinya. Tidak seperti dahulu. Mengenangkan hubungan mesra mereka dahulu, Danial semakin merindui Putrisya. Tetapi memikirkan silap perbuatannya meninggalkan Putrisya begitu sahaja, dia bimbang dengan penerimaan gadis itu nanti. Masih berpeluangkah dia atau sudah tertutup pintu gadis itu untuknya?
Sehingga perbualan ditamatkan, Danial masih belum dapat meluahkan hasrat hatinya. Dia merelakan sahaja apabila Putrisya meminta izin untuk berehat.
Telefon bimbit ditenung lama sekali. Seolah dia dapat membayangkan wajah gadis itu di hadapannya. Keluhan berat kedengaran di hujung bibir. Danial kemudian teringat untuk melihat video klip yang dihantar Rahayu siang tadi ke telefonnya.
Sehingga rakaman itu tamat, Danial masih merenung telefon bimbit itu. Sifat manja Putrisya dalam rakaman ketika bersama pemuda yang tidak dikenali, memang tidak disenangi. Berbagai perasaan yang berkecamuk dalam jiwanya. Dia mencari silap Putrisya, tetapi Putrisya tidak pula membohonginya tentang pertemuan itu. Namun tidak pula menerangkan apa hubungan dia dengan pemuda itu. Apa perlukah Danial bertanya? Argh! Sifat kurang bertanya Putrisya rupanya sudah menular kepadanya pula. Kenapa dia harus kelu untuk bertanya jika dia inginkan jawapan?
Danial memerhati ke setiap ceruk biliknya. Dia terlalu ingin sekali meluahkan sesuatu kepada seseorang. Kalaulah masih ada...
“Astaghfirullah lazim... Kenapalah aku boleh terfikir begitu.” Danial berbisik sendirian sambil meraup wajahnya.
Tiba-tiba ada gegaran beserta bunyi kemasukan pesanan pada telefonnya. Menyangka Putrisya yang menghantar pesanan itu, Danial segera membukanya sambil tersenyum. Namun sepantas itu juga senyumannya hilang. Danial kehairanan...
* * * * *
PANTAS dia menghayun langkah meninggalkan tempat parkir kereta. Kelibat Rahayu masih kelihatan mengejar langkahnya. Panggilan gadis itu tidak diendahkan. Mujur tiada rakan ofis yang lain. Jika tidak sudah pasti Danial rasa malu. Hairannya mengapa Rahayu sebagai seorang wanita tidak punya perasaan malu seperti itu?
Buru-buru dia masuk ke dalam lif yang sudah terbuka pintunya. Menekan angka 4 untuk terus ke pejabatnya. Pintu lif yang hampir separuh tertutup, terbuka pula tiba-tiba. Danial melepaskan keluhan. Tahu siapa yang bakal masuk ke dalam lif bersamanya.
“Kenapa you ni? Tak dengar ke I panggil tadi?”
Rahayu menyelinap masuk ke dalam perut lif. Mukanya merah padam sebab menahan marah. Danial seakan sengaja memekakkan telinga mendengar panggilannya. Padahal hampir mahu terkeluar anak tekaknya menjerit.
“Yang you tu menjerit macam nak guruh tu kenapa? Tak reti malu ke terjerit-jerit sambil kejar lelaki macam tu?” dingin sekali Danial membalas.
“I tak akan terjerit kalau you tak pekakkan telinga. I tak akan terkejar-kejar kalau you boleh tunggu I tadi.” Rahayu pula tak puas hati. Danial malas bertingkah lagi. Dia mendiamkan diri.
“Dani...” Rahayu merapatkan diri.
“Nak cakap tu cakap sajalah. Tak payah nak pakai bahasa badan.” Mata Danial mengawasi lampu pada butang lif. Bila-bila masa sahaja pintu lif boleh terbuka untuk singgah ke tingkat berapa pun untuk mengangkut penumpang. Dia bimbang kelakuan sumbang Rahayu akan menjerumuskan dirinya dalam masalah.
“You dah tengok video klip tu?” Walaupun hati wanitanya terguris, tetapi niatnya untuk mengenakan Putrisya masih diteruskan.
Belum sempat Danial menjawap, pintu lif sudah terbuka. Mereka sudah berada di depan pintu pejabat. Danial hanya menjeling. Tanpa menjawap dia melangkah meninggalkan Rahayu. Sedangkan pada masa yang sama, Rahayu sudah tidak perlukan jawapan. Pandangan dari mata Danial sudah cukup menggambarkan kekecewaan. Itu yang membuat Rahayu melebarkan senyumnya.
Danial menyandar di kerusi empuknya sambil tangan bersilang ke belakang kepala. Matanya terpejam memikirkan bagaimana mahu melepaskan diri dari diburu Rahayu. Gadis itu tidak pernah kenal erti jemu. Sentiasa mengekori ke mana sahaja dia berada. Naik lemas. Kenapa kita selalu diburu oleh orang yang tidak kita minati, sedangkan orang yang sangat kita minati itu sukar untuk dimiliki?
Danial mencapai telefon bimbitnya dan mencari sebaris nama. Memandang nama itu, Danial teringat dengan mesej kosong yang dia terima malam tadi. Nombor pengirim yang memang sudah ada dalam simpanan sebab itu dia tahu siapa pengirimnya. Tetapi Danial masih pelik. Kenapa dia muncul lagi dan menghantar mesej kosong tanpa text?
Danial cuba menghubungi nombor itu, tetapi langsung tidak ada line. Lalu dia membuka kotak inbox untuk meneliti kembali mesej itu. Tetapi mesej yang dicari sudah hilang dari simpanan. Dia ulang mencari. Takut jika dia terlepas pandang. Namun tetap tiada. Danial jadi semakin hairan. Akhirnya dia beranggapan itu semua mungkin cuma hayalannya sahaja. Hayalan seorang yang kebetulan betul-betul perlukan teman untuk mendengar luahannya.
* * * * * *
p/s O'oh! siapa lagi yg mengganggu Danial eh? Suspen.. hehe. Nantikan saja sambungannya. Selamat membaca dan moga terhibur setakat ini.
Salam sayang
~Putri Lily~

knapa novel siapa amira 16 tak boleh buka....
BalasPadamSalam Nurul,
BalasPadamMaaf jika ada kesukaran membuka link nya. Sekarang dah diperbetulkan, harap takde masalah lagi ye. .:)
Terima aksih kerana membaca.
~Putri Lily~
dh tiada sambung lg ker novel nih???
BalasPadamSalam hormat,
BalasPadamTerima kasih kerana megunjungi blog ini dan menanti sambungan cerita Lily. Terharu sgt2. Yah.. Lily pun ambil masa yg lama nak sambungkan. Busy betullah.. :)Insya-Allah 2 3 hari lagi k..
~Putri Lily~