Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu yg sedia ada; walaupun ada diantaranya yg sudah jelas namun ada juga yg baru diketahui melalui penerangan Puan Nisah menerusi bengkel asas pengkaryaan cerpen anjuran AVA.
Apa yg baru? Ianya ialah mengenai penghantaran karya ke media mengikut
bulan atau musim2 perayaan tertentu. Juga tema karya sebaiknya bersesuaian dengan setiap majalah terbitan. Sedikit banyak penerangan itu mampu melegakan rasa kecewa bila karya2 yg lily hantar belum tersiar. Maknanya adalah yg tak kena tu. Tapi takpe.
Begitupun ada rasa sikit terkilan bila mendapati begitu banyak syarikat penerbitan di Malaysia yg memberi peluang kepada penulis2 baru utk menerbitkan karya mereka. Walaupun rasanya begitu ramai juga rakyat Malaysia yg berminat utk menulis. Sedangkan di tempat lily...
Bayangkan saja, 8-10 lelaman sesebuah cerpen boleh dihantar ke akhbar mingguan Malaysia, akhbar mingguan di tempat lily hanya boleh memuatkan sebanyak 1000 patah perkataan saja pada setiap keluaran. Hmm...
Terima kasih kepada AVA yg menganjurkan bengkel serupa ini. Membolehkan lily turut menyertai dan berkumpul dengan rakan2 seperjuangan yg budiman. Serta Puan Nisah yg sangat bermurah hati berkongsi ilmu kepada semua. Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~
salam sobat
BalasPadamberbengkel ilmu,,tidak akan merugi mba Lily.
trims kunjungannya ke S.A.
saya senang mba Lily masih ingat saya jauh di sana..sudah setahun lewat ya,,
semoga sukses selalu mba Lily dengan karyanya.
Salam kembali Nura, Alhamdulillah dgn terbacanya komentar kamu, saya yakin kamu sihat dan selamat pulang dari umrahnya. :)
BalasPadam