HATI> Wahai WAJAH, mengapa kamu boleh kelihatan ceria saja? Tak turut bersimpatikah kamu terhadapku?
WAJAH> Aku terpaksa
wahai HATI. Di hadapanku ramai orang yang tak tahu penderitaan kita. Lainlah kamu, kamu berada di dalam TUBUH. Sedih atau tidak hanya kita yang tahu.
wahai HATI. Di hadapanku ramai orang yang tak tahu penderitaan kita. Lainlah kamu, kamu berada di dalam TUBUH. Sedih atau tidak hanya kita yang tahu.
HATI> Maafkan aku wahai WAJAH. Aku masih tidak mampu seceria kamu PERASAAN masih bersedih, itu yang meruntunku.
WAJAH> Kamu pun wahai PERASAAN, janganlah terus bersedih. Macammana HATI nak pulih.
PERASAAN> Wahai WAJAH, aku adalah teman rapat HATI. Selagi aku di sisinya, biarlah HATI, ku layan terus.
WAJAH> Kerana kalian aku terpaksa melakonkan dua watak. Depan mereka aku tersenyum tapi bila bersendiri aku terpaksa mengikut rentak kalian.
HATI> Kamu tak rasa apa yang aku rasa wahai WAJAH. Diriku dikhianati. Aku di simbahi dengan kebahgiaan dan tiba-tiba kebahgiaanku diragut dengan kejam. Tanyalah pada PERASAAN kerana dia lebih mengetahui.
PERASAAN> Wahai WAJAH, kalau kamu menjadi kami mungkin kamu bersetuju, bila HATI dah terguris, kesan lukanya tetap kelihatan. Aku yang merawatnya tak mampu berbuat apa-apa kerana aku sendiri merasa.
WAJAH> Kita semua berada dalam satu jasad. Jikalau kalian merasai kesemua itu, jangan kata aku tidak. Saat kita semua bahagia, aku yang dalam perhatian dulu. Bila kita terkecewa, aku juga yang mereka perhatikan. Kesemua ekspresi yang kuperlihatkan bakal menjadi spekulasi. Kerana itu aku tetap tersenyum. Wahai PERASAAN dan HATI, buang segala rasa sedih dan duka kerana ianya boleh menggamit dendam. Dan dendam bukan penawarnya. Kita merawat untuk kesembuhan bukan untuk kemusnahan.
HATI> Kenangan sukar dikikis wahai WAJAH. Aku tak mungkin melupakannya.
WAJAH> Kita punya sahabat lain yang menanggung beban itu wahai HATI. Biarlah ia menjadi tugas AKAL untuk melupakan. Biar kenangan tetap dalam simpanan FIKIRAN.
FIKIRAN> Memang betul seperti kata WAJAH. Usah bebani diri kamu HATI. Kami semua tetap bersamamu. Aku dan AKAL akan cuba mencari jalan untuk membantu.
AKAL> Ya, aku setuju...
TELINGA> Hei! kamu semua mengejutkan Tuan kita. Sekarang dengarlah apa kata dia...
AKU> Terima kasih kerana aku masih mempunyai kamu semua sebagai teman bicara. Sebaiknya kamu semua bersatu untuk menjadikan diriku adalah aku.
Wahai WAJAH, akan aku sirami kamu dengan berwuduk dan menggerakkan TUBUH untuk bersolat. Tumpukan AKAL untuk berdoa dan mengosongkan FIKIRAN dengan berzikir. Agar ibadahku mampu menenangkan PERASAAN dan doa yang kupohon meresapi ke HATI.
Kita harus saling mengasihani. Kerana itu bantulah aku melupakan semua yang dah berlaku. Insya-Allah. Bila PERASAAN dah tenang, HATI akan ceria dan WAJAH pasti tersenyum penuh ikhlas. Sesungguhnya kepura-puraan itu merupakan satu pembohongan.
Salam Sayang
~Putri Lily~

hehehehe...
BalasPadamdah tukar layout..
cantik..
pink gitu..
=)
Miss Kira> layout lama ni, Kira je yg tak ke sini. Hehe...
BalasPadamsalam sobat
BalasPadamwah tambah cantik dengan template ini mba Lily.
marhaban ya ramadhan
selamat menunaikan ibadah puasa.
mohon maaf lahir dan batin .
Salam kembali sahabat,
BalasPadamTerima kasih kerana berkunjung di sini.
Slmt buat kamu juga, moga sihat supaya dpt meneruskan ibadat puasa dgn sempurna.
Maaf lambat reply. :)
~Putri Lily~
Tempat belanja online dengan beragam pakaian muslim pria dan wanita
BalasPadam