Salam semua,
Terbaca tulisan Peter Augustine Goh dalam 3 bahagian di Berita Harian 3 minggu berturut. Begitu penting untuk diketahui oleh setiap penulis baru dan lama. Sebenarnya dalam bengkel dulu sudah pernah diterangkan mengenai telling dan showing. Tapi tidak begitu khusus. Ingin sekali berkongsi matlumat itu di sini. Moga dapat dijadikan pelajaran bagi semua penulis khususnya penulis baru seperti Lily.
'TUNJUK' DAN 'BERITAHU' DALAM CERPEN
Cerpen-cerpen yang dihasilkan dan disiarkan dalam ruangan ini adalah
karya-karya penulis remaja yang baik dan menggalakkan. Namun, karya-karya itu ada kekurangannya. Kekurangan ini sebenarnya bukan sahaja terdapat dalam karya-karya penulis muda, malah terdapat juga dalam karya-karya penulis yang telah lama menulis. Kekurangan itu harus diberi perhatian serius kerana ketidakpedulikannya akan terus memperlihatkan kekurangan itu.
karya-karya penulis remaja yang baik dan menggalakkan. Namun, karya-karya itu ada kekurangannya. Kekurangan ini sebenarnya bukan sahaja terdapat dalam karya-karya penulis muda, malah terdapat juga dalam karya-karya penulis yang telah lama menulis. Kekurangan itu harus diberi perhatian serius kerana ketidakpedulikannya akan terus memperlihatkan kekurangan itu.
Apa yang dimaksudkan itu? Ia tidak lain daripada amalan yang suka 'memberitahu' atau 'telling' dalam penceritaan sesuatu karya kreatif (cerpen/novel). oleh yang demikian, apakah yang harus anda lakukan untuk mengatasinya?
Jawapannya mudah - anda harus 'menunjuk' atau 'showing' dalam penceritaan anda. Memang bukan mudah 'menunjuk' kerana kita tidak terlepas daripada 'memberitahu'. Tetapi anda harus lebih banyak 'menunjuk' daripada 'memberitahu'. Ini kerana 'menunjuk' dapat memberi kesan yang mendalam dan boleh menaikkan cerpen anda itu sebagai cerpen yang baik, bermutu tinggi dan sudah tentunya berjaya. Bagaimana caranya untuk anda melakukannya dalam karya anda itu?
Anda harus terlebih dahulu diberikan satu contoh yang dimaksudkan 'memberitahu' atau 'telling'.
Sila lihat:
> Halim sedang berjalan terhincut-hincut ke pasar. Kakinya belum baik betul daripada terkehel pada minggu lepas dalam satu latihan jasmani di sekolahnya. Ramai orang mentertawakannya seolah-olah satu kelucuan pula. Tetapi Halim yang kacak dan berbadan sasa lagi tinggi itu tidak mempedulikan mereka. Dia buat bodoh sahaja. Dia terus berjalan dengan agak payah.
Cara bercerita begini tidah ada cacat celanya dari segi nahu dan sebagainya. tetapi pembaca sudah tahu gambaran keadaaan Halim kerana penulis/pengarang sudah pun 'memberitahu'. Memang tidak salah 'memberitahu' tetapi pembaca merasakan tidak ada apa-apa yang menarik lagi.
Ada dua cara sebagai contoh di mana anda boleh memperbaikinya dari segi 'menunjuk' iaitu:
* Dialog
* Interior monolog
Cuba lihat contoh dialog:
"Kesian aku tengokkan Halim yang terhincut-hincut ke pasar," kata Ali.
"Ha, apahal dengan lelaki kacak dan tinggi itu?" tanya majid.
"Kau tak tahu ke?"
"Kalau aku tahu tak perlu aku tanya kau."
"Kakinya terkehel semasa berlatih di padang sekolahnya."
"Oh begitu. tapi nampaknya dia tak kisah dengan orang yang ketawakannya."
Cuba lihat contoh interior monolog pula:
Bukan mereka hendak kesiankan aku. Dahlah berjalan terhincut-hincut ke pasar, aku diketawakan pula. tak ke mereka tahu aku terkehel di padang sekolahku ketika mengadakan latihan jasmani minggu lepas? Ah! Pedulikan mereka. Aku buat hal aku sendiri.
Halim terus berjalan membelah kesibukan pagi.
Dengan menggunakan dua teknik di atas, kedua-duanya meninggalkan kesan yang mendalam dan lebih meyakinkan.
Memang kita boleh menjelaskan sesuatu perkara secara langsung iaitu secara 'memberitahu' tapi permudahkanlah dan gunakan bahasa yang segar lagi indah dan nilai estetika yang tinggi. Kalau tidak, ia akan memperlihatkan anda sebagai pengarang seperti berikut:
* Masuk campur dalam karya anda sendiri.
* Tidak matang.
* Berkarya yang karyanya tidak mempunyai nilai yang tinggi dan tidak berjaya.
Itu saja yang dapat Lily kongsi di sini. Semoga jelas dan terang. Sama-samalah kita memperbaiki mutu penulisan kita. Insya-Allah.
p/s sumber dari Berita Harian (Singapura)
Salam Sayang
~Putri Lily~
Salam Lily
BalasPadamT.kasih kerana berkongsi :)
Semoga bertemu lagi di bengkel 11/4 nanti.
Insyallah! :)
Salam kembali WL,
BalasPadamAlhamdulillah ada juga kenalan AVA yg dah kenal turut menyertai bengkel tu nanti. :)
~Putri Lily~